Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519637
Title: Analisis sosio-ekonomi, peranan institusi, faktor kemudahterancaman dan kelestarian penghidupan petani bandar di Pulau Pinang, Malaysia
Authors: Pushpawani Ramaloo (P64446)
Supervisor: Chamhuri Siwar, Prof. Emeritus
Keywords: Urban agriculture -- Malaysia
Sustainable development -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Jan-2019
Description: Pertanian bandar memberi manfaat dari segi sosial, ekonomi dan alam sekitar bagi kawasan bandar. Potensi pembangunan pertanian bandar di Malaysia terutama di bandar-bandar besar adalah luas. Walau bagaimanapun, pertanian bandar jarang diintegrasikan dalam perancangan bandar dan dibangunkan sebagai satu sektor secara besar-besaran di Malaysia. Antara salah satu sebabnya adalah kerana kesan pertanian bandar tidak dikaji selidik berbanding dengan sektor lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sosio-ekonomi, peranan institusi, faktor kemudahterancaman dan kelestarian penghidupan petani bandar di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Tumpuan kajian ini adalah berpotensi untuk membangunkan pertanian bandar di negeri Pulau Pinang Malaysia dengan melihat kepentingan dan halangan yang dihadapi dan menilai potensi untuk sistem pengeluaran makanan yang menyumbang kepada matlamat jangka panjang negeri Pulau Pinang untuk menjadi negeri yang mampan dan lestari. Pada masa yang sama mewujudkan tahap jaminan keselamatan makanan tempatan yang lebih tinggi. Untuk kajian ini, sampel kajian dipilih secara rawak yang terdiri daripada 400 petani dan isi rumah yang berdaftar dibawah Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang. Pendekatan model Penghidupan Lestari telah diadaptasi dan telah diubah suai serta digunakan sebagai kerangka untuk kajian ini. Pendekatan kajian menggunakan kerangka Penghidupan Lestari membantu dalam memahami faktor-faktor utama yang mempengaruhi penghidupan petani bandar dan hubungan antara faktor-faktor ini. Analisis kajian telah dilaksanakan menggunakan kaedah Model Persamaan Berstruktur (MPB). Analisis Faktor Penerokaan (EFA) dan Analisis Faktor Pengesahan (CFA) telah dijalankan untuk mengesahkan domain yang digunakan. Selepas EFA dan CFA dijalankan hanya 11 konstruk dan 32 item didapati mempunyai kesahan nilai tinggi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan peranan institusi dan kejutan ke atas hasil penghidupan petani bandar berbanding dengan peralihan musim dan trend. Kesimpulannya, hasil penghidupan pertanian bandar yang terdiri daripada faktor sosial, ekonomi, dan persekitaran telah menyumbang kepada dimensi ketidakjaminan keselamatan air (konstruk kejutan) dan peranan institusi dalam pembangunan pertanian bandar di negeri Pulau Pinang. Untuk merealisasikan potensi penuh pertanian bandar, perlu membangunkan rangka kerja dasar dan institusi untuk sektor ini diperingkat kebangsaan dan kerajaan tempatan. Ini akan membolehkan para petani bandar mendapatkan perkhidmatan sokongan teknikal dan kewangan untuk menggunakan teknologi yang bersesuaian bagi pertanian bandar. Kajian ini mencadangkan dasar agar usaha-usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan akses tanah, meningkatkan teknik dan teknologi pertanian bandar, meningkatkan hubungan pasaran dan memastikan tanggungjawab kolektif untuk memperkukuhkan pertanian bandar bagi mengintegrasikan pertanian bandar ke dalam sistem bandar dengan cara yang lebih berdaya maju dan lestari. Kajian lanjutan, disarankan supaya kajian harus memberi tumpuan kepada implikasi pertanian bandar dan memperkukuhkan kapasiti penduduk untuk melibatkan diri secara berkesan dalam pertanian bandar.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 360
Call Number: S494.5.U72P847 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.