Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519635
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Umar Hamzah, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Joseph Gnapragasan (P68829) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T08:13:21Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T08:13:21Z | - |
dc.date.issued | 2018-02-23 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:109854 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519635 | - |
dc.description | Kaedah analisis kualitatif dan kuantitatif telah digunakan serentak untuk menentukan kesinambungan sisi sifat batuan takungan Lembangan Taranaki. Teknik gabungan analisis yang berbeza adalah hasil daripada data perigi rakaman dalam lembangan tersebut. Pembinaan keratan rentas adalah sukar untuk dibuat berdasarkan maklumat perigi rakaman yang sedikit khususnya untuk mentafsir sifat batuan takungan secara sisi yang jauh dari perigi rakaman. Oleh itu, analisis secara kualitatif seperti atribut seismos dan stratigrafi jujukan adalah kaedah tambahan kepada kaedah kuantitatif seperti analisis fizik batuan. Setiap kaedah menyumbang kepada maklumat batuan takungan yang tertentu dan semua hasil digabungkan untuk menghasilkan tafsiran yang tepat. Analisis atribut seismos membantu untuk menghasilkan maklumat seismos melalui pelbagai kaedah geostatik. Ini akan menghasilkan fitur-fitur utama seperti DHI (Direct Hydrocarbon Indicator), titik mendatar, lapisan pasir nipis dan juga untuk menonjolkan kebolehnampakan, kualiti struktur, pola pengendapan dan juga sifat batuan. Stratigrafi jujukan ialah satu lagi kaedah yang digunakan untuk menentukan kesinambungan sisi sesuatu sifat batuan takungan di kawasan yang tidak mempunyai perigi rakaman yang secukupnya. Dengan bantuan atribut seismos, analisis stratigrafi jujukan dapat dijalankan dengan baik dan membantu untuk pengecaman pengakhiran gelombang seismos secara tepat. Oleh sebab itu, pengecaman pengakhiran pantulan, sempadan jujukan, ketakselarasan dan keselarasan korelatif serta pola tren batuan takungan dengan lebih mudah. Ujikaji terakhir adalah menggabungkan model fizik batuan dengan analisis atribut seismos untuk menghasilkan dapatan yang lebih strategik dan untuk memastikan perubahan sisi model batuan takungan. Perigi rakaman Kiwa-1 dan Hector-1 telah digunakan untuk pengesahan pentafsiran seismos berdasarkan hubungan keliangan-halaju. Analisis ini dibuat berdasarkan lengkung Reuss Bounds yang menunjukkan perubahan keliangan sepanjang lengkungan di samping proses pengendapan dan diagenetik yang telah menyebabkan perubahan nilai keliangan. Kesemua komponen penyelidikan yang digabungkan akan digunakan untuk mengenalpasti tren taburan sedimen sama ada mempunyai ciri kesinambungan sisi atau sebaliknya. Ini akan lebih membantu dalam pentafsiran dan penentuan perigi rakaman secara lebih tepat. Frekuensi terbaik bagi kajian ini terletak di antara 8Hz hingga 22.3Hz. Frekuensi yang lebih tinggi daripada frekuensi terbaik tidak dapat menunjukkan ciri-ciri pemendapan yang jelas, manakala jujukan stratigrafi yang jelas dapat dilihat pada kedalaman yang kurang daripada 2.4s.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Seismic arrays -- New Zealand | - |
dc.subject | Rocks -- New Zealand | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Aplikasi atribut seismik, stratigrafi jujukan dan analisis fizik batuan dalam menentukan kesinambungan sisi batuan penakung Lembangan Taranaki, New Zealand | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 170 | - |
dc.identifier.callno | QE539.J637 2018 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.