Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519631
Title: Prinsip Islam dalam kritikan sastera antara Sayyid Sayyid Abd al-Raziq dengan Mohd Affandi Hassan
Authors: Mohd Adi Amzar Muhammad Nawawi (P73376)
Supervisor: Zulkarnain Mohamed, Dr.
Keywords: Arabic literature -- History and criticism
Malay literature -- History and criticism
Islam and literature
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Feb-2018
Description: Kajian ini membahaskan prinsip Islam dalam kritikan sastera al-Raziq yang mewakili dunia Arab dan Mohd Affandi Hassan yang mewakili alam Melayu. Prinsip kritikan sastera al-Raziq membuktikan kesungguhan beliau untuk meletakkan perkembangan kritikan kesusasteraan Arab pada landasan keilmuan Islam. Sementara, prinsip kritikan sastera Mohd Affandi Hassan bertolak daripada pengamatan beliau terhadap kelemahan metodologi kritikan sastera yang dikatakan sebagai Islami tetapi tidak mempunyai garis panduan yang menepati tradisi keilmuan Islam. Justeru, terdapat persamaan faktor dorongan terhadap perbincangan prinsip Islam dalam kritikan sastera oleh kedua-dua tokoh berlainan kebudayaan tersebut. Dengan ini, objektif kajian ini bertujuan untuk menerokai dan membandingkan prinsip Islam dalam kritikan sastera al-Raziq dan Mohd Affandi Hassan. Untuk itu, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian dengan menjadikan buku Manhaj al-Islami fi al-Naqd al-Adabi dan Gagasan Persuratan Baru Edisi Kedua sebagai sumber primer mewakili kedua-dua tokoh tersebut. Kajian ini juga menggunakan pendekatan pemanfaatan sumber utama Islam sebagai kerangka teori yang difokuskan pada tiga elemen penting, iaitu sumber, prinsip dan matlamat. Analisis perbandingan telah diterapkan dalam prinsip kritikan kedua-dua tokoh tersebut bagi memperlihatkan persaman dan perbezaan yang wujud. Kajian ini mendapati terdapat beberapa persamaan dan perbezaan pada prinsip kritikan sastera kedua-dua tokoh tersebut dalam memberi konsepsi tentang prinsip Islam dalam kritikan sastera. Persamaan tersebut tertumpu pada pendefinisian sumber, iaitu al-Qur��an dan Hadith sebagai rujukan yang penting dan panduan bagi ilmuwan Islam. Juga persamaan tersebut terdapat pada pendefinisian prinsip meliputi pemeliharaan konsep pemaknaan, pembuktian kebenaran melalui kritikan, kritikan terhadap sasterawan Islam, kritikan objektif, pengakaran metodologi kritikan dan manifestasi sastera yang bertanggungjawab. Selain itu, persamaan boleh dikaitkan dengan pendefinisian matlamat yang merangkumi pengembalian peranan sebenar Islam dan juga pemerolehan keredhaan Allah S.W.T. Bagi perbezaan pula, ia boleh dihubungkan dengan domain sastera yang diceburi oleh setiap tokoh tersebut dan pendekatan mereka dalam menangani ideologi selain tasawur Islam dalam usaha mereka untuk memperlihatkan identiti Islam. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan ketinggian prinsip al-Raziq dan Mohd Affandi Hassan sebagai sumber rujukan untuk penulisan dan kritikan kesusasteraan Islami dewasa ini. Seterusnya, kebolehpercayaan terhadap prinsip kritikan sastera mereka terletak pada manhaj dan pemikiran yang konsisten dan berpaksikan Islam.,Tesis ini tidak ada ��Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah��,Ph.D.
Pages: 334
Call Number: BP89.M33 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Prinsip Islam dalam kritikan sastera antara Sayyid Sayyid Abd al Raziq dengan Mohd Affandi Hassan.pdf
  Restricted Access
Partial1.54 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.