Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519623
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamri Mahamod, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorArniza Mokhtar (P51021)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:16Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:16Z-
dc.date.issued2018-05-
dc.identifier.otherukmvital:101394-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519623-
dc.descriptionPenyerapan kemahiran bernilai tambah (KBT) telah lama diperkenalkan. Namun penyerapan KBT dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) masih kurang diamalkan oleh guru. Kajian ini bertujuan mengkaji penyerapan KBT dalam PdPc Bahasa Melayu di sekolah menengah. Sebanyak tujuh kemahiran bernilai tambah dikaji iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, pembelajaran konstruktivisme dan kajian masa depan. Kajian dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes pelbagai tempat. Seramai empat orang guru dan lapan orang murid dipilih menjadi peserta kajian. Data diperoleh melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data dianalisis menggunakan perisian Nvivo10 bagi mengenal pasti tema yang dibuat secara triangulasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran belajar cara belajar paling kerap diserapkan dengan diikuti oleh kemahiran berfikir, pembelajaran konstruktivisme, kecerdasan pelbagai dan pembelajaran kontekstual. KBT kerap diserapkan dalam PdPc bagi tajuk karangan dan rumusan. Guru yang mempunyai pengalaman lama dalam PdPc Bahasa Melayu tingkatan empat merupakan guru yang kerap melakukan penyerapan KBT. Guru memilih sesuatu jenis KBT yang tertentu untuk diserapkan kerana faktor murid, faktor guru, faktor PdPc dan faktor kemudahan. Guru hanya menyerapkan beberapa elemen tertentu yang terdapat dalam setiap jenis KBT ini dengan menggunakan beberapa cara sahaja. Secara umumnya maklum balas daripada guru menunjukkan bahawa mereka kurang mementingkan penyerapan KBT dalam PdPc. Guru didapati menghadapi masalah untuk menyerapkan KBT dalam PdPc Bahasa Melayu iaitu dari segi sikap murid, bahan PdPc, kemudahan peralatan, kandungan KBT yang terlalu banyak dan masa yang tidak mencukupi. KBT diakui memberikan kesan positif terhadap murid dari segi keterampilan berbahasa dan berkomunikasi, memenuhi keperluan urusan seharian, memenuhi keperluan pendidikan dan memenuhi keperluan pekerjaan. Kesimpulannya kajian ini memberi implikasi terhadap amalan PdPc Bahasa Melayu di dalam kelas.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBahasa Melayu-
dc.subjectMalay language -- Ability testing -- Malaysia-
dc.titlePenyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu di sekolah menengah-
dc.typetheses-
dc.format.pages459-
dc.identifier.callnoPL5105.A786 2018 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.