Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519622
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNurina Anuar, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNor Anis Nadhirah Md. Nasir (P68266)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:16Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:16Z-
dc.date.issued2018-03-30-
dc.identifier.otherukmvital:100864-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519622-
dc.descriptionJatropha curcas L. merupakan tumbuhan biotenaga yang semakin mendapat perhatian kerana potensinya yang tinggi sebagai sumber yang boleh diperbaharui. Tanaman ini adalah berpotensi untuk penghasilan berbagai produk terutamanya biodiesel, bahan api jet serta produk lain seperti racun serangga, baja organik dan penghasilan sabun.Oleh sebab itu, terdapat permintaan yang tinggi terhadap tanaman tersebut. Dalam usaha untuk menyediakan bekalan tanaman sumber J.curcas L. yang mencukupi, teknik mikroperambatan in vitro hibrid elit J. curcas L.telah dijalankan. Kajian ini adalah,(1) bertujuan untuk membangunkan teknik mikroperambatan secara in vitro yang cekap daripada tumbuhan hibrid terpilih J. curcas L.(2) untuk menentukan kestabilan genetik bagi anak benih yang dihasilkan berbanding dengan pokok induk menggunakan kaedah ISSR (Inter Simple Sequence Repeat) dan (3) untuk membangunkan sistem penghasilan anak benih berkualiti tinggi J. curcasL.melalui penggunaan bioreaktor kabus.Kajian dimulakan dengan pensterilan permukaan eksplan dimana dua jenis bahan pensterilan digunakan iaitu racun kulat sistemik Myzim�dan merkuri klorida (HgCl2). Penginduksian tunas pucuk daripada eksplan petiol dijalankan dengan menggunakan medium Murashige & Skoog (MS) yang diperkaya dengan fitohormon seperti Thidiazuron (TDZ), kinetin dan BAPyang berbeza-beza kepekatan. Eksplan petiol dieram pada suhu 27�C di bawah cahaya (35-40�mol m-2 s-1) selama 16 jam dan dalam keadaan gelap selama 8 jam sehari. Seterusnya, pemanjangan dilakukan dengan memindahkan tunas pucuk ke dalam medium pepejalMSyang ditambah dengan fitohormon yang berbeza iaitu kinetin, BAP dan asid gibberelik (GA3). Medium MS separa kekuatan ditambah dengan kepekatan fitohormon IBA yang berbeza-beza kepekatan untuk pembentukan akar. Ujian kestabilan genetik menggunakan 23 jenis primer ISSR yang dijalankan pada sampel tunas pucuk dan plantlet bagi menentukan kewujudan sebarang variasi genetik. Hasil kajian menunjukkan kadar kemandirian ekplan yang tertinggi iaitu 85% telah dicatatkan dengan kaedah pensterilan menggunakan0.2% Myzim� selama 30minit dan 0.1% HgCl2 selama 5 minit. Pada kepekatan 1mg/L TDZ, penginduksian tunas pucuk yang tinggi iaitu 51%dicapai dan sebanyak5 tunas pucuk direkodkan. Hasil daripada analisis ISSR,sebanyak 2% polimorfisma wujud pada pucuk yang terinduksi daripada TDZ berkepekatan 4mg/L. Sebaliknya, tiada polimorfisma dicerap pada TDZ yang berkepekatan lebih rendah. Pemanjangan tunas pucuk sehingga 10mm direkodkan dalam medium tanpa fitohormon. Pembentukan akar untuk penghasilan plantlet diperolehi dalam medium MS separuh kekuatan yang ditambah 2.0mg/L IBA, di mana kecekapanpertumbuhan akar adalahsebanyak 50%. Penilaian kestabilan genetik yang dijalankan terhadap plantlet merekodkan sebanyak3.5% polimorfisma dan 96.5% monomorfisma. Seterusnya, kitaran semburan dalam bioreaktor kabus yang sesuai bagi pembentukan kalus ialah 2min mula/ 4jam berhenti. Manakala bagi penginduksian tunas pucuk pula ialah 2min mula/ 60min berhenti. Tempoh pembentukan kalus dan penginduksian tunas pucuk adalah lebih cepat menggunakan bioreaktor kabus berbanding kaedah medium pepejal. Kadar penggandaan pucuk yang dihasilkan menggunakan bioreaktor kabus terhadap pertumbuhan tunas pucuk adalah sebanyak 70% lebih tinggi berbanding kaedah pengkulturan kovensional.,Ph.D.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPengkulturan-
dc.subjectJatropha curcas-
dc.titlePenghasilan plantlet hibrid elit (P1 x P3) berkualiti Jatropha curcas L melalui kaedah mikroperambatan in vitro dalam sistem bioreaktor kabus-
dc.typetheses-
dc.format.pages256-
dc.identifier.callnoQK495.E9N637 2018 3 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.