Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519618
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIzziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Dr.-
dc.contributor.authorHanif Md Lateh @ Junid (P75347)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:14Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:14Z-
dc.date.issued2017-01-27-
dc.identifier.otherukmvital:99986-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519618-
dc.descriptionUndang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895) (UTKJ) telah digubal semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895). Perlembagaan ini dianggap oleh sarjana sebagai satu daripada pemodenan Kerajaan Johor. Pemodenan yang dilakukan dalam era Sultan Abu Bakar berkait rapat dengan hubungan luar Johor terutamanya dengan pihak British. Bagaimanapun, UTKJ bukan sahaja dikaitkan dengan British, tetapi turut disepadankan dengan Riau, Turki dan Islam. Oleh itu, kontradiksi pandangan sarjana tentang sumber UTKJ diselesaikan dengan menentukan sumber sebenar penggubalan UTKJ. Penentuan ini menggunakan hubungan luar sebagai indikator yang mengabsahkan sumber tersebut. Kajian bermatlamat membahaskan pandangan sarjana tentang sumber UTKJ. Seterusnya, kajian bertujuan mencerakinkan sumber penggubalan serta menyimpulkan hubungan luar Johor dari sudut kesepadanan dan impak terhadap pembentukan UTKJ. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang mengaplikasi reka bentuk analisis kandungan (content analysis) dan kajian sejarah (historical study). Data kajian ialah dokumen sumber primer, iaitu teks Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895), Rekod Pejabat Kolonial dan dokumen arkib. Kajian juga menggunakan penulisan primer dan sekunder sistem politik Melayu, British, Arab-Islam dan Riau. Manakala bagi tujuan pengesahan data kajian, teks UTKJ telah melalui proses kritikan luaran dan dalaman. Selanjutnya, proses analisis bahagian sumber penggubalan melibatkan ujian kesepadanan 69 item yang dibina dengan sumber Arab-Islam-Melayu, British dan Riau. Kajian telah mengaplikasi tatacara komparatif bagi menganalisis kesepadanan dan impak hubungan luar terhadap penggubalan UTKJ. Keseluruhannya, kajian mendapati sumber Arab-Islam-Melayu dan Riau menjadi asas utama UTKJ. Kajian turut mendapati hubungan luar Johor semasa era Sultan Abu Bakar memberi sumbangan signifikan terhadap penggubalan UTKJ. Dengan itu, kesepadanan dan impak hubungan luar era Sultan Abu Bakar terhadap penggubalan UTKJ adalah sangat jelas. Keseluruhannya, kajian ini menyelesaikan kontradiksi sarjana tentang sumber yang membentuk UTKJ dan sekaligus mengesahkan hubungan luar sebagai indikator penggubalannya.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSultan Ibrahim ibn Almarhum Sultan Abu Bakar-
dc.subject1873-1959-
dc.titleImplikasi hubungan luar Sultan Abu Bakar terhadap penggubalan undang-undang tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895)-
dc.typetheses-
dc.format.pages440-
dc.identifier.callnoDS598.J7H34 2017 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Implikasi hubungan luar Sultan Abu Bakar terhadap penggubalan undang-undang tubuh Kerajaan Johor 1312 (1895).pdf
  Restricted Access
Partial6.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.