Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519614
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Hussin, Prof. Madya Datuk Dr.-
dc.contributor.authorSyed Kamarudin Sadakkthulla (P66608)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:13Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:13Z-
dc.date.issued2016-08-03-
dc.identifier.otherukmvital:98336-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519614-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kemahiran kebolehpasaran dan kebolehan bekerja dalam kalangan pelajar Malaysia di IPT. Dalam pengukuran tahap kebolehpasaran, analisis faktor terhadap instrumen yang dibina oleh penyelidik menghasilkan empat dimensi kebolehpasaran yang meliputi kemahiran asas, kemahiran berfikir, kemahiran afektif dan nilai kerja manakala bagi tahap kebolehan bekerja, sebanyak dua dimensi dikenalpasti yang meliputi dimensi pengurusan masa dan daya tahan pelajar. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk meninjau sekiranya terdapat perbezaan dalam tahap kebolehpasaran dan kebolehan bekerja berdasarkan faktor demografi yang meliputi faktor jantina, lokasi tempat tinggal, pendidikan ibubapa, jenis IPT, pendapatan keluarga, pekerjaan ibubapa, peringkat pengajian dan fakulti. Kajian ini juga cuba mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran kebolehpasaran dan kebolehan bekerja pelajar disamping sebab musabab yang menyumbang kepada kebolehpasaran dan kebolehan bekerja pelajar Malaysia di IPT. Kajian ini melibatkan seramai 581 sampel dengan 329 pelajar lelaki dan 252 pelajar perempuan. Dua kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik bagi meninjau tahap kebolehpasaran dan kebolehan bekerja pelajar manakala kaedah temubual kumpulan fokus digunakan bagi mendapatkan sebab-sebab yang mempengaruhi kebolehpasaran dan kebolehan bekerja pelajar. Data-data seterusnya diproses dan dianalisis menggunakan program Statistical Packages for The Sosial Sciences (SPSS) versi 18.0. Terdapat dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif melibatkan penggunaan analisis min, frekuensi dan peratusan bagi menerangkan profil sampel kajian dan juga bagi menjawab persoalan-persoalan kajian. Interprestasi skor min akan melihat tahap kebolehpasaran dan kebolehan bekerja pelajar dalam kalangan pelajar Malaysia di IPT. Statistik inferensi Ujian-t dan Anova Satu Hala digunakan bagi melihat perbezaan dalam angkubah berdasarkan faktor demografi. Sebanyak 10 faktor demografi ditinjau bagi melihat sama ada faktor-fakor ini berpotensi mempengaruhi kebolehpasaran dan kebolehan bekerja dalam kalangan pelajar Malaysia di IPT. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap min kebolehpasaran dan kebolehan bekerja di paras sederhana tinggi. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan min dalam kebolehpasaran dan kebolehan bekerja bagi faktor lokasi tempat tinggal, pendidikan bapa, jenis IPT, pendidikan bapa dan peringkat pengajian. Analisi regresi berganda pula menunjukkan faktor daya tahan dominan dalam menyumbang kepada kebolehpasaran manakala faktor nilai kerja dominan dalam menyumbang kepada kebolehan bekerja. Dapatan kajian ini seterusnya dibincangkan dalam konteks hubungannya dengan sistem pendidikan dan perkembangan ekonomi Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectGraduan-
dc.subjectKebolehpasaran-
dc.subjectEmployability -- Malaysia-
dc.titleTahap kebolehpasaran dan kebolehan bekerja dalam kalangan pelajar Malaysia di IPT-
dc.typetheses-
dc.format.pages315-
dc.identifier.callnoHF5381.S938 2016 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.