Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519609
Title: Kelakuan hakisan dan kakisan keluli bersalut AL203-13% Ti02 tertekstur laser
Authors: Juyana A Wahab (P78153)
Supervisor: Mariyam Jameelah Ghazali, Prof. Madya Dr.
Keywords: Salutan
Anti-haus
Anti-kakisan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 28-Sep-2017
Description: Salutan seramik telah digunakan secara meluas dalam pelbagai industri disebabkan oleh sifat lengainya terhadap persekitaran yang menjadikannya sebagai bahan yang sesuai untuk aplikasi anti-haus dan anti-kakisan. Salutan Al2O3-13%TiO2 merupakan salah satu bahan seramik keras yang berpotensi dalam aplikasi tribologi terutamanya bagi persekitaran yang agresif. Sifat mekanikal salutan ini yang cemerlang telah menarik minat para penyelidik untuk mengembangkan kegunaan salutan ini dalam aplikasi persekitaran marin dengan menambah baik prestasi salutan menggunakan kaedah pengubahsuaian permukaan. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji kesan tekstur permukaan (alur-mikro jenis-V) ke atas kelakuan hakisan dan kakisan salutan Al2O3-13%TiO2. Dalam kajian ini, salutan disediakan melalui kaedah semburan plasma dan teknik penteksturan laser permukaan untuk mengukir tekstur alur-mikro. Tiga jenis tekstur disediakan berdasarkan jarak antara alur iaitu 50, 100 dan 150 μm. Keputusan menunjukkan bahawa kesemua salutan terendap mempunyai struktur padat dan mempamerkan sifat yang baik dengan kekerasan 1056�83 HV300g, 2.37�0.36 peratusan keliangan dan 3.24�0.12 μm kekasaran permukaan. Kajian mikrostruktur yang dijalankan dengan menggunakan mikroskop elektron imbasan (SEM) menunjukkan bahawa permukaan salutan tertekstur adalah bebas retakan, yang menunjukkan bahawa salutan telah menerima tenaga yang mencukupi daripada denyut laser yang menyumbang kepada penyingkiran bahan. Tambahan lagi, didapati komposisi fasa dan kekerasan salutan tertekstur adalah sama dengan salutan tidak tertekstur, mencadangkan bahawa penggunaan laser denyut-pendek dalam penteksturan laser permukaan mempunyai kesan terma sifar terhadap sifat salutan. Prestasi bagi kesemua sampel salutan telah diuji dalam ujian hakisan pot buburan, ujian ekstrapolasi Tafel dan ujian rendaman. Dalam ujikaji hakisan, salutan menunjukkan mekanisma patah rapuh dengan perambatan retakan sisi dan tindakan menyerpih pada permukaan. Pada sudut hentaman yang rendah 30�, salutan menunjukkan kadar hakisan rendah dengan 4.63×10-10 gmm-2s-1 dan meningkat kepada 6.48×10-10 gmm-2s-1 dengan peningkatan sudut hentaman pada 90�. Bagi permukaan tertekstur, salutan yang berjarak alur 150 μm menunjukkan jumlah kehilangan berat terendah selepas ujian hakisan selama enam jam, yang menunjukkan peningkatan sebanyak 55 % dalam rintangan haus hakisan. Bagi kajian kakisan, mikrostruktur salutan menunjukkan kesan kakisan pada antara muka salutan/substrat setelah direndam dalam 3.5 % NaCl selama 12 minggu. Dalam plot ekstrapolasi Tafel, terbukti bahawa tekstur mampu mengurangkan kadar kakisan dalam julat 2.12×10-3 hingga 3.04×10-3 mm/tahun yang menunjukkan penambahbaikan sebanyak 63.43 % daripada salutan tidak tertekstur. Pengurangan kadar kakisan ini disebabkan oleh perubahan pada sifat kebolehbasahan, yang menghasilkan permukaan hidrofobik yang bertindak sebagai lapisan perlindungan, dan seterusnya menghalang penetrasi ion-ion agresif ke dalam substrat. Fenomena ini memperlahankan pengoksidaan dan seterusnya menghalang substrat daripada kakisan lanjutan. Rumusannya, salutan yang berjarak alur 150 μm adalah yang paling baik kerana mempamerkan sifat rintangan hakisan dan kakisan yang cemerlang, serta kebolehbasahan permukaan yang bertambah baik.,Ph.D.
Pages: 156
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.