Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519605
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorTamat Sarmidi, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorJirsah A Bakar Kunchu (P65201)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:09Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:09Z-
dc.date.issued2016-12-08-
dc.identifier.otherukmvital:97810-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519605-
dc.descriptionMotivasi kajian ini ialah untuk menunjukkan bukti empirikal peranan modal insan dalam menentukan sama ada sumber alam sebenarnya membantu meningkatkan pendapatan benar perkapita sesebuah ekonomi atau sebaliknya. Lanjutan daripada kajian Sachs dan Warner (1995) yang mendapati bahawa sumber alam sebenarnya tidak membantu pertumbuhan ekonomi, kajian ini memberi banyak tumpuan kepada bukti baru hubungan modal insan dan jenis-jenis sumber alam terhadap pendapatan benar perkapita dan pertumbuhan ekonomi. Berkemungkinan negara kaya sumber alam melalui proses pertumbuhan ekonomi yang perlahan tetapi pendapatan benar perkapita mereka terus meningkat. Umumnya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan sumber alam, dan pendapatan benar dengan mengambil kira sumbangan modal insan dan jenis-jenis sumber alam yang ada di negara OIC dan bukan OIC. Kajian ini berbeza daripada kajian lepas sekurang-kurangnya daripada tiga aspek. Pertama, kajian ini menekankan kepada hipotesis pendapatan benar kerana pendapatan benar adalah ukuran yang tepat bagi melihat kebajikan ejen ekonomi. Kedua, kajian ini mengkaji jenis kekayaan sumber alam dan modal insan yang dimiliki oleh sesebuah negara bagi mengenalpasti jenis kekayaan sumber alam yang merupakan pendorong atau penghalang bagi sesebuah negara. Ketiga, kajian ini menggunakan teknik pendekatan panel dinamik kaedah momen terilat (Generalized Method of Moments - GMM) yang mampu untuk mengatasi masalah heterogeneti dan keendogenan. Dapatan kajian bagi analisis untuk 149 negara dari tahun 1981-2010 menunjukkan kekayaan sumber alam menggalakkan pendapatan benar di kedua-dua negara OIC mahu pun bukan OIC. Kajian ini juga menunjukkan bahawa tiada bukti kukuh bahawa jenis-jenis sumber alam adalah sebenarnya penghalang atau pendorong kepada peningkatan pendapatan benar perkapita. Ini terbukti apabila hubungan antara jenis sumber alam dan pendapatan benar perkapita adalah bercampur-campur. Ada sebahagian yang positif dan ada sebahagian yang negatif. Menariknya, dapatan secara konsisten membuktikan peranan modal insan yang menggalakkan peningkatan pendapatan benar perkapita. Lebih-lebih lagi bagi negara yang kaya sumber dan mempunyai modal insan yang baik. Kesimpulannya ialah modal insan adalah faktor utama dalam menentukan 'rahmat' atau 'sumpahan' bagi negara yang kaya dengan sumber alam. Sumber alam yang melimpah ruah akan menjadi rahmat seiring dengan keutamaan memperkasa modal insan dalam menentukan kepesatan pembangunan ekonomi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute of Malaysian and International Studies / Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSumber alam-
dc.subjectModal insan-
dc.subjectPendapatan-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleSumber alam, modal insan dan pendapatan benar: bukti baru dari negara OIC dan bukan OIC-
dc.typetheses-
dc.format.pages217-
Appears in Collections:Institute of Malaysian and International Studies / Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Sumber alam modal insan dan pendapatan benar bukti baru dari negara OIC dan bukan OIC.pdf
  Restricted Access
Partial532.8 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.