Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519604
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuslin Amir, Dr.-
dc.contributor.authorIqbal Ibrahim (P48116)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:09Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:09Z-
dc.date.issued2016-11-11-
dc.identifier.otherukmvital:97188-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519604-
dc.descriptionPelajar memerlukan suasana yang kondusif dan membantu untuk berkembang dengan potensi yang ada. Sebarang bentuk bencana boleh memberi kesan secara fizikal, emosi,psikologikal dan ekonomi kepada keluarga dan individu pelajar. Ini bermakna bencana alam atau angkara manusia berpotensi memberi kesan buruk kepada kesihatan mental pelajar. Peristiwa atau bencana yang traumatik juga memberi kesan ke atas motivasi dan pencapaian akademik di kawasan yang terlibat. Kajian ini dirancang untuk mengkaji tahap kesihatan mental, motivasi, dan prestasi belajar, serta korelasi antara ketiga-tiga variabel tersebut di Aceh dan Langkat. Wilayah Acheh merupakan wilayah yang sering ditimpa bencana sementara Langkat pula daerah yang bebas bencana. Kaedah penyelidikan yang dipilih adalah tinjauan dilapangan. Penyelidikan ini mengambil 400 sampel dari wilayah Sigli, Kota Bharu, Langsa, Aceh Timur, dan 197 dari daerah Langkat. Ada dua fasa dalam kajian ini iaitu kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif untuk memerihalkan keadaan sampel sementara data kualititatif bersifat eksploratif. Berdasarkan ujian Mann-Whitney Test terhadap kesihatan mental pelajar Acheh dan Langkat didapati nilai pemarkatan min untuk pelajar Langkat adalah lebih besar dari nilai pelajar Acheh (338.64> 279.48) dan signifikan pada aras p <0.01. Dari sudut motivasi belajar pemarkatan min untuk pelajar Langkat juga lebih besar dari nilai pelajar Acheh (354.53> 271.65) dan signifikan pada aras p <0.01. Perkara yang sama juga diperolehi bagi pencapaian akademik di mana pencapaian pelajar Langkat lebih tinggi dari pelajar Acheh (320.43> 288.45) dan signifikan pada aras p <0.01. Ujian Chi-Square untuk melihat hubungan antara kesihatan mental dengan motivasi pelajar menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-duanya. Dapatan yang sama juga terdapat dalam kalangan sampel wilayah Langkat. Melalui ujian yang sama didapati terdapat hubungan yang signifikan antara kesihatan mental dan prestasi akademik dalam wilayah Acheh dan Langkat. Analisis kualitatif temubual mendapati bahawa ada 4 faktor yang menjadi sebab kepada pengalaman traumatik dan memberi kesan kepada kesihatan mental pelajar iaitu konflik keganasan, tsunami, masaalah kewangan dan masalah keluarga Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi input positif terhadap polisi pembangunan kemanusiaan di Acheh utamanya dalam bidang pendidikan. Ini adalah penting dalam usaha meningkatkan kualiti kesihatan mental pelajar dan peningkatan motivasi pelajar sebagai generasi pemimpin akan datang.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPelajar-
dc.subjectKesihatan mental-
dc.subjectMotivasi-
dc.subjectAkademik-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleKesihatan mental, motivasi belajar dan prestasi akademik pelajar di Wilayah Acheh-
dc.typetheses-
dc.format.pages336-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.