Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519594
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zaini Nasohah, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi (P47263) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T08:13:04Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T08:13:04Z | - |
dc.date.issued | 2014-04-01 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:84424 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519594 | - |
dc.description | Autoriti untuk mentadbir dan mengurus institusi pendidikan Islam di Malaysia adalah unik. Keunikan ini bertunaskan sejarah perundangan mencakupi undang-undang yang dikuatkuasakan di peringkat Persekutuan dan Negeri hingga tersusunnya Perlembagaan Persekutuan. Dinyatakan di dalam Senarai Persekutuan bahawa perkara pendidikan berada di bawah Persekutuan; manakala perkara agama Islam diserahkan kepada Negeri dengan Sultan sebagai kuasa tertinggi. Setiap negeri memiliki perlembagaan sendiri dan kaedah pentadbiran berasaskan sistem perundangan masingmasing. Autoriti, serta corak pentadbiran dan pengurusan institusi pendidikan Islam terbentuk daripada perundangan pendidikan yang diluluskan. Namun begitu, kekaburan sempadan autoriti di antara organisasi yang mentadbir dan mengurus hal pendidikan Islam mengundang konflik perundangan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji perkembangan awal sistem pendidikan Islam dan undangundang yang berkaitan di Malaysia. Penelitian ke atas skop bidangkuasa kerajaan persekutuan serta negeri juga dibuat menerusi peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan negeri. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis perlaksanaan sistem pentadbiran pendidikan Islam yang sedang berlaku di dalam negara serta mengetengahkan penganalisisan faktor-faktor konflik pengurusan pendidikan Islam yang berkaitan dengan perundangan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Bahan rujukan bagi kajian ini berasaskan kepada sumber primer seperti akta, enakmen dan keputusan mahkamah. Sumber sekunder juga dijadikan asas rujukan bagi mendapatkan maklumat tambahan atau kritikan. Kaedah temubual pula digunakan untuk mendapatkan gambaran realiti yang berjalan di medan pentadbiran dan pengurusan sekolah agama. Hasil kajian mendapati undang-undang pendidikan Islam telah wujud sejak era penjajahan dan telah diperundangkan mengikut negeri-negeri. Manakala Perlembagaan Persekutuan sejak awal penggubalannya telah mengiktiraf kedudukan sistem pendidikan berkonsepkan sumbangan atau kebajikan melalui peruntukan berkenaan hak untuk memperolehi pelajaran. Kajian juga mendapati bahawa pihak negeri berautoriti membentuk corak sistem pentadbiran dan pengurusan pendidikan Islam. Namun, terdapat juga pertindihan autoriti pentadbiran yang berhubung dengan perundangan pendidikan Islam. Implikasi daripada kajian ini, adalah wajar suatu semakan dan penyelarasan ke atas perundangan mengenai pendidikan Islam dijalankan diperingkat Persekutuan dengan mengekalkan keistimewaan yang sedang dinikmati oleh Negeri,Ph. D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Institusi Pendidikan Islam | - |
dc.subject | Islamic religious education - Malaysia - Management. | - |
dc.title | Autoriti pentadbiran dan pengurusan institusi pendidikan Islam dari perspektif Perlembagaan Persekutuan serta perundangan negeri-negeri di Malaysia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 410 | - |
dc.identifier.callno | BP44.A374 2014 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.