Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519592
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSabri bin Mohamad, Dr-
dc.contributor.authorMohd Faizulamri Mohd Saad (P58298)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:03Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:03Z-
dc.date.issued2015-08-14-
dc.identifier.otherukmvital:84422-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519592-
dc.descriptionPeriwayatan Qira'at merupakan aspek penting di dalam tafsir al-Quran. Perkara ini telah dijelaskan oleh sarjana-sarjana Islam. Periwayatan Qira'at dalam kitab-kitab tafsir merangkumi riwayat Qira'at Mutawatirah dan Shadhdhah. Riwayat Qira'at ini juga boleh ditemui di dalam Tafsir al-Nasafi. Namun begitu, riwayat Qira'at di dalam Tafsir al-Nasafi ini belum dikaji kesahihan dan ketepatan riwayatnya. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti Qira'at dan Qurra' seterusnya menilai status Qira'at yang dinisbahkan kepada Qurra' yang terdapat di dalam Tafsir al-Nasafi. Kajian ini merupakan kajian kualitatif berbentuk analisis kandungan. Data utama kajian merupakan riwayat Qira'at yang terdapat di dalam Tafsir al-Nasafi. Ia dibandingkan dengan Qira'at yang diterima pakai oleh umat Islam iaitu Qira'at Sabc melalui Imam al-Shatibi dan Qira'at cAshr melalui Imam Ibn al-Jazari. Manakala Qira'at Shadhdhah pula dibandingkan melalui kitab-kitab utama yang meriwayatkannya. Hasil kajian menunjukan bahawa penilaian status Qira'at di dalam Tafsir al-Nasafi yang dinisbahkan kepada Qurra' cAsharah adalah berstatus mutawatirah melainkan pada tujuh tempat. Manakala Qira'at yang dinisbahkan kepada Qurra' Qira'at Shadhdhah adalah berstatus shadhdhah melainkan pada enam Qurra'. Kesemua imam Qurra' yang disepakati (al-Shatibiyyah dan al-Jazariyyah) dinukilkan oleh Imam al-Nasafi tetapi terdapat perbezaan terhadap rawi-rawi yang digunakan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa riwayat Qira'at di dalam Tafsir al-Nasafi merangkumi sebanyak 80.61% Qira'at Sabc dan 10.7% Qira'at cAshr menjadikan Qira'at Mutawatirah di dalam Tafsir al-Nasafi mewakili 91.31% yang menunjukkan sebahagian besar riwayat Qira'at di dalam tafsir ini merupakan al-Quran. Qira'at Shadhdhah pula mewakili 8.29% dan Qira'at yang tidak dapat dikenalpasti sebanyak 0.39%. Melalui penilaian riwayat Qira'at juga ditemui kesalahan riwayat Qira'at iaitu kesalahan penisbahan Qurra', kesalahan pendetilan bacaan, kesalahan contoh bacaan, nukilan Qira'at yang tidak sempurna, kritikan terhadap Qira'at, dan riwayat Qira'at Mawducah. Kesalahan-kesalahan yang ditemui telah dimurnikan berdasarkan sumber-sumber muktabar di dalam bidang pengajian ilmu Qira'at. Implikasi kajian ini ialah dapat memelihara kesahihan dan ketepatan riwayat Qira'at di samping menjawab kesalahan dan kritikan yang timbul ketika berinteraksi dengan riwayat Qira'at di dalam Tafsir al-Nasafi. Sumbangan kajian ini ialah dapat menambah nilai dan menyediakan rujukan yang sahih dan tepat untuk para sarjana yang berinteraksi dengan riwayat Qira'at dalam Tafsir al-Nasafi.,Ph.D-
dc.language.isoeng-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectQira'at Mutawatirah-
dc.subjectTafsir al-Nasafi-
dc.titlePeriwayatan qira'at dalam Tafsir al-Nasafi-
dc.typetheses-
dc.format.pages365-
dc.identifier.callnoBP131.5.M848 2015-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.