Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519589
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRazaleigh bin Muhamat @ Kawangit, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMuhd Akmal Noor @ Buang Rajikon (P69572)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:02Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:02Z-
dc.date.issued2015-05-08-
dc.identifier.otherukmvital:84419-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519589-
dc.descriptionAmalan agama Islam dalam kalangan jurutera Muslim sangat penting dewasa ini kerana mampu memberi impak terhadap gaya kepimpinannya. Aplikasi gaya kepimpinan yang baik pula dapat memberi sumbangan besar terhadap kerajaan dan pembangunan infrastruktur negara. Kajian ini bertujuan meninjau hubungan antara amalan agama Islam yang terdiri daripada akidah, ibadah dan akhlak dengan gaya kepimpinan jurutera Muslim yang terdiri daripada gaya kepimpinan autokratik dan gaya kepimpinan demokratik di negeri Melaka. Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan dan borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Kebolehpercayaan instrumen kajian adalah pada nilai Alpha Cronbach (0.803). Seramai 340 orang jurutera Muslim berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan (purposive sampling) dan rawak mudah (simple random sampling). Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science 22.0 (SPSS 22.0). Analisa kajian menunjukkan bahawa tahap amalan agama Islam jurutera Muslim di negeri Melaka dalam tiga aspek yang dikaji iaitu akidah, ibadah dan akhlak adalah baik (100%). Manakala analisis terhadap gaya kepimpinan autokratik dan gaya kepimpinan demokratik menunjukkan bahawa gaya kepimpinan autokratik jurutera Muslim berada di tahap sederhana. Berbeza dengan tahap gaya kepimpinan demokratik ia berada di tahap yang tinggi. Berdasarkan Ujian Korelasi Pearson, hasil kajian menunjukkan bahawa akidah mempunyai hubungan yang signifikan dan korelasi yang sederhana dengan gaya kepimpinan autokratik (r = -.366, p = .000). Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa tiada hubungan yang signifikan antara ibadah dengan gaya kepimpinan autokratik (r = -.047, p = .388). Selain itu, hasil kajian menunjukkan bahawa akhlak mempunyai hubungan yang signifikan dan korelasi yang sederhana dengan gaya kepimpinan autokratik (r = -.325, p = .000). Kajian seterusnya menunjukkan bahawa akidah mempunyai hubungan yang signifikan dan korelasi yang sederhana dengan gaya kepimpinan demokratik (r =.320, p = .000). Hasil kajian menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara ibadah dengan gaya kepimpinan demokratik (r = .067, p = .234). Kajian juga menunjukkan akhlak mempunyai hubungan yang signifikan dan korelasi yang sederhana dengan gaya kepimpinan demokratik (r =.301, p = .000). Analisis regresi pelbagai (stepwise) pula menunjukkan bahawa amalan agama Islam jurutera Muslim menyumbang secara songsang sebanyak 19.8% terhadap gaya kepimpinan autokratik sementara sumbangan amalan agama Islam terhadap gaya kepimpinan demokratik ialah sebanyak 15.3%. Kajian ini juga menunjukkan bahawa gaya kepimpinan demokratik (M=4.5550) adalah lebih dominan diamalkan berbanding gaya kepimpinan autokratik (M=2.7459) dalam kalangan jurutera Muslim di negeri Melaka.,Tesis (Ph.D.) - Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015.-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectJurutera Muslim-
dc.subjectLeadership-
dc.subjectReligious aspects-
dc.subjectIslam.-
dc.titleHubungan antara amalan agama Islam dengan gaya kepimpinan jurutera Muslim di Negeri Melaka-
dc.typetheses-
dc.format.pages296-
dc.identifier.callnoTA157.M844 2015-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.