Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519587
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorTakiah Mohd Iskandar, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorSayed Alwee Hussnie Sayed Hussin (P58121)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:13:01Z-
dc.date.available2023-10-17T08:13:01Z-
dc.date.issued2015-09-
dc.identifier.otherukmvital:83982-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519587-
dc.descriptionJuruaudit bertanggungjawab memberi perakuan munasabah sama ada penyata kewangan yang diaudit bebas daripada salah nyata material akibat kesilapan atau fraud. Kajian lepas menunjukkan yang keupayaan juruaudit mengesani fraud dipengaruhi sikap skeptisisme profesional di samping pengaruh faktor lain seperti pengalaman, tekanan masa dan persekitaran kawalan pelanggan. Kejadian fraud yang sering ditemui selepas kerja audit selesai menimbulkan persoalan tentang sejauh mana juruaudit mengamalkan sikap skeptisisme profesional. Pembuat dasar mendakwa ketiadaan penekanan terhadap sikap skeptikal menyebabkan juruaudit gagal mengesani fraud. Juruaudit dituntut oleh pembuat dasar supaya bersikap skeptikal apabila melaksanakan pembuktian risiko salah nyata material akibat fraud. Kajian ini menggunakan kaedah ekperimen dan perbincangan kumpulan fokus, untuk membuktikan isu ini secara empirikal. Eksperimen dilaksanakan untuk memeriksa kesan skeptisisme profesional terhadap penilaian risiko salah nyata material dan penyederhanaan kesan tersebut oleh faktor pengalaman, tekanan masa kerja dan persekitaran kawalan pelanggan. Perbincangan kumpulan fokus diadakan untuk memahami bagaimana sikap skeptisisme profesional terbentuk dalam diri juruaudit. Hasil analisis regresi berganda menunjukkan skeptisisme profesional, pengalaman dan tekanan masa kerja mempunyai kesan signifikan terhadap penilaian risiko salah nyata material oleh juruaudit. Tiga ciri skeptisisme profesional iaitu minda tertanya-tanya, pencarian ilmu dan yakin diri didapati mempengaruhi secara signifikan penilaian juruaudit terhadap risiko salah nyata material. Hasil analisis juga menunjukkan pengalaman dan tekanan masa kerja menyederhana secara signifikan kesan skeptisisme profesional terhadap penilaian risiko salah nyata material. Perbincangan kumpulan fokus pula membuktikan yang sikap skeptisisme profesional terbentuk secara berperingkat bermula dengan pemahaman konsep skeptisisme profesional, pemindahan maklumat yang membawa pada tabiat harian juruaudit, perkongsian maklumat, penyebatian sikap dalam diri dan memori juruaudit, serta tindakan juruaudit melalui perilakunya. Penemuan kajian ini menerangkan amalan skeptisisme profesional oleh juruaudit semasa menjalankan kerja audit. Hasil kajian memberi input terhadap penyediaan garis panduan supaya lebih jelas dan komprehensif bagi meningkatkan pelaksanaan skeptisisme profesional di kalangan juruaudit.,Ph.D / Doktor Falsafah-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectJuruaudit-
dc.subjectPenilaian risiko-
dc.subjectAuditing-
dc.titleSkeptisisme profesional dan penilaian risiko salah nyata material oleh juruaudit di Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages292-
dc.identifier.callnoHF5667.S248 2015 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.