Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519573
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Dr. Ahmad Husni | - |
dc.contributor.author | Muhammadi 'Uthman (P51475) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T08:12:56Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T08:12:56Z | - |
dc.date.issued | 2012-06-21 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:81533 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519573 | - |
dc.description | Isu diat menjadi perbincangan utama sama ada di kalangan para ahli fiqh dan kehakiman, kerana ia mempunyai kepentingan yang besar dalam kehidupan seharian manusia. Permasalahan yang dihadapi oleh pengkaji sebelum memulakan kajian ialah ketiadaan buku khusus atau kajian tersendiri yang menghimpunkan segala isu-isu yang berkaitan dengan tajuk kajian dan melakukan perbandingan antara mazhabmazhab fiqh sunni yang empat dengan Kanun Keseksaan Iran yang bersandarkan kepada mazhab al-Ja'fari, dan juga kerana tidak diketahui titik-titik persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya disebabkan ketiadaan kajian-kajian perbandingan yang dilakukan tentang perkara ini. Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk menghimpunkan segala isu berselerakan yang berkaitan dengan tajuk kajian serta mempersembahkan isu-isu baru berkaitan diat secara terperinci, begitu juga bagi mewujudkan satu kajian perbandingan tersendiri yang meliputi hukum hakam diat dalam mazhab sunni yang empat dengan Kanun Keseksaan Iran bagi menjelaskan sejauh mana persamaan dan perbezaan antara kedua-duanya. Kajian ini menggunakan metode deduktif dengan membuat pemerhatian kepada hukum hakam fiqh dan teks undang-undang yang berkaitan dengan tajuk kajian, sebagaimana kajian ini turut menggunakan metode perbandingan dalam menjelaskan bentuk-bentuk persamaan dan perbezaan antara pendapat-pendapat mazhab sunni yang empat dan Kanun Keseksaan Iran. Kajian ini juga turut menggunakan metode analisis deduktif dalam menganalisis permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan tajuk kajian, serta menyimpulkan pandangan yang rajih (kuat) berdasarkan pandangan pengkaji. Pengkaji juga cuba memberikan gambaran yang jelas tentang diat, dan melaluinya pengkaji berjaya memperoleh beberapa dapatan. Antara yang terpenting ialah: kadar diat pada zaman kini adalah berdasarkan kadar nilai unta pada zaman Rasulullah SAW; penentuan prinsip 'aqilah sebagai asas kerjasama dan saling membantu antara umat Islam; keharusan syarikat insurans Islam, syarikat insurans koperasi dan syarikat insurans sosial bertindak menggantikan 'aqilah bagi membayar diat; persamaan antara lelaki dan perempuan dalam masalah diat terhadap nyawa dan 'yang lebih rendah daripadanya'; dan persamaan non muslim yang terdiri daripada orang Yahudi, Nasrani, Majusi dan penyembah berhala dengan muslim dalam masalah diat.,The issue of diyah has attracted serious concern of the jurists and judges equally, due to it significance in the life of the society. The researcher initially encountered with some problems due to the absence of specific book, or a particular study combining scattered materials on the topic, hence, their comparison between the four schools of fiqh and the Iranian criminal law based on Ja'fariyyah madhab. The lack of the knowledge of their points of agreement and disagreement on the subject due to the non availability of comparative study on the topic presented another problem for the researcher Therefore, the researcher's objectives are to collect the scattered relevant materials and to present the new issue pertaining to the diyah in a detailed manner and to provide an independent comparative study embodying rules of diyah according to the four schools of fiqh and Iranian criminal law, henceforth, demonstrating their aspects of convergence and divergence. To achieve this, the researcher uses inductive method in studying diyah related rules and its relevant legal provisions. The researcher also uses comparative method to identify the aspects of convergence and divergence of the four schools and Iranian criminal law. The researcher use analytical and derivative methods in analyzing the relevant issues hence, deriving conclusion. The researcher attempted to present a clear picture of the diyah hence, arrived at the following conclusion: The evaluation of the rate of diyah in the contemporary time be based on the value of camel as practiced in the time of the prophet (peace be upon him). The principle of 'aqilah should be viewed in terms of mutual cooperation between Muslims. It is permissible for insurance agencies to play the role of 'aqilah by settling the diyah related payments. Man and woman as well as Muslim and nonMuslim should be viewed and treated equally in respect diyah.,Ph.D | - |
dc.language.iso | ara | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Diat | - |
dc.subject | Kanun Keseksaan Iran | - |
dc.subject | Mazhab sunni | - |
dc.subject | Blood money (Islamic law) -Iran. | - |
dc.title | Diat antara syariah dan undang-undang: kajian perbandingan antara fiqh empat Mazhab dan Kanun Keseksaan Iran | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 265 | - |
dc.identifier.callno | BP158.B563 M837 2013 | - |
dc.identifier.barcode | 001722 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.