Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519526
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd. Kamarulni, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Robi Nurhadi | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T08:12:39Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T08:12:39Z | - |
dc.date.issued | 2012-04-23 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:76803 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519526 | - |
dc.description | Kajian ini dijalankan untuk membandingkan strategi keganasan balas yang dilakukan Pemerintah Indonesia dan Malaysia dalam menghadapi ancaman keganasan Jemaah Islamiyah (JI). Terdapat dua objektif utama yang menjadi panduan dalam kajian kualitatif ini. Pertama, kajian ini menganalisis pengaruh proses pendemokrasian yang berlaku di kedua-dua negara terhadap pengimplementasian strategi keganasan balas. Kedua, kajian ini mengkaji bagaimana faktor ideologi, dalam kes ini adalah agama Islam mempengaruhi pelaksanaan strategi keganasan balas. Kajian ini menggunakan data-data primer seperti temubual, dokumen kerajaan dan dokumen asal JI, dan juga sumber sekunder seperti buku, artikel, jurnal melalui kaedah perpustakaan. Semua data-data ini dianalisis dan disintesis secara deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan strategi keganasan balas antara kedua-dua negara. Strategi keganasan balas Malaysia menekan kepada aspek pre-emptive, iaitu serangan sebelum berlaku keganasan, manakala di Indonesia menekankan aspek curative- legalistic, iaitu serangan setelah berlaku keganasan sesuai perundang-undangan yang ada. Strategi keganasan balas di kedua-dua negara juga dipengaruhi oleh tiga faktor, iaitu: Pertama, di Indonesia, perubahan politik yang berlaku sejak tahun 1998 telah merubah struktur dan elit politik, yang mana telah memperlahankan langkah-langkah ke arah penguatan perundangan dan pembangunan keupayaan institusi berkaitan. Malaysia juga secara relatifnya mengalami kedinamikan politik tetapi ianya tidak merubah struktur dan keabsahan elit politik. Malaysia, oleh itu berupaya menggunakan strategi keganasan balas sediada secara berterusan. Kedua, kajian ini juga mendapati faktor Islam yang diperjuangkan oleh JI telah menimbulkan dilema politik dalam pelaksanaan strategi keganasan balas. Usaha memerangi JI dilihat sebagai langkah terdesak untuk membanteras pergerakan Islam tempatan demi kepentingan Barat. Dilema ini menghambat Indonesia dalam melakukan penguatkuasaan keganasan balas secara berkesan. Malaysia juga berhadapan dengan dilema yang sarna tetapi ianya tidak mempengaruhi pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang anti keganasan. Kajian ini juga menghujahkan bahawa kedua-dua negara mempunyai keupayaan di dalam menangani ancaman JI walaupun menggunakan strategi keganasan balas yang berbeza. Kajian ini menunjukkan bahawa penanganan ancaman keganasan terhadap sesuatu negara, tidak boleh hanya menggunakan pendekatan keselamatan sahaja, namun juga harus melihat pendekatan lain. Adanya pengaruh pendemokrasian dan kewujudan faktor agama dalam kes Indonesia dan Malaysia, mengharuskan pelaksanaan strategi keganasan balas yang harus mempertimbangkan dua aspek tersebut. Sumbangan utama kajian ini ialah ianya merupakan kajian ilmiah secara sistematik membandingkan pendekatan dan strategi keganasan balas dua negara yang mempunyai majoritimasyarakat Islam di rantau ini ..,Doktor Falsafah | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Keganasan balas antara Indonesia dan Malaysia | - |
dc.subject | Ancaman Jemaah Islamiyah | - |
dc.subject | Terrorism -- Indonesia -- Prevention | - |
dc.subject | Terrorism -- Malaysia -- Prevention | - |
dc.subject | Islam and politics -- Indonesia | - |
dc.subject | Islam and politics -- Malaysia | - |
dc.title | Perbandingan strategi keganasan balas antara Indonesia dan Malaysia :kajian terhadap ancaman Jemaah Islamiyah | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 202 | - |
dc.identifier.callno | HV6433.I5.N846 2012 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.