Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519487
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Musa Ahmad, Prof. Dato׳ Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurlely Kusuma (P32685) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T08:12:27Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T08:12:27Z | - |
dc.date.issued | 2013-06-20 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:75034 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519487 | - |
dc.description | Untuk merekabentuk sensor kimia optik formaldehid, tindak balas antara reagen Fluoral-P dengan formaldehid dalam larutan dikaji menggunakan spektrofotometer ultra lembayung-nampak dan spektrofluorometer. Hasil kajian menunjukkan bahawa reagen Fluoral-P bertindak balas dengan formaldehid untuk menghasilkan sebatian 3,5-diasetil-1,4-dihidrolutidina (DDL) berwarna kuning pekat yang menyerap cahaya dan berpendarfluor masing-masing pada panjang gelombang 411 nm dan 510 nm. Reagen Fluoral-P telah berjaya dipegunkan di atas XAD-4 untuk fabrikasi sensor optik formaldehid. Hasil kajian menunjukkan bahawa sensor ini memberikan rangsangan linear pendarflour formaldehid dalam julat kepekatan 0.2-1.0 mM dengan had pengesanan (LOD) 0.193 mM. Sensor kimia optik ini menunjukkan kebolehulangan yang baik (RSD=3.82-4.93%) dan tidak terdapat kesan gangguan yang dicerap walaupun asetaldehid hadir pada kepekatan 100 kali ganda lebih tinggi berbanding kepekatan formaldehid. Kajian ini juga telah berjaya menyediakan biosensor optik formaldehid berasaskan enzim alkohol oksidase (AOX) dan membran kopolimer MB 28 yang peka terhadap pH. Kopolimer MB28 terpegun dengan kromoionofor ETH5294 dan enzim AOX dapat mengesan kehadiran formaldehid menggunakan kaedah serapan ultra lembayung-nampak. Biosensor optik ini memberikan julat kepekatan linear 10-8 hingga 10 mM (LOD 10-8 mM), kebolehulangan yang baik (RSD=7.84% - 5.81%, n=5) dan tiada sebarang gangguan oleh asetaldehid, metanol, etanol, gliserol dan glukosa yang hadir di dalam sampel. Penyelidikan ini juga telah berjaya menyediakan membran nBA-ko-NAS yang mempunyai kumpulan berfungsi suksinimida untuk pemegunan enzim AOX melalui ikatan kovalen. Membran ini juga boleh digunakan sebagai membran pemilih ion H+ (membran ini peka terhadap pH). Oleh itu, biosensor potensiometri formaldehid telah dibangunkan berasaskan membran ini. Penentuan kepekatan formaldehid menggunakan biosensor ini menghasilkan rangsangan linear dalam julat 0.5-200 mM (R2=0.998) dengan LOD 0.5 mM. Biosensor ini mempunyai kebolehulangan yang baik (RSD 1.01%, n=7) dan stabil untuk 80 hari. Semua sensor yang dibangunkan dalam kajian ini digunakan untuk menentukan kepekatan formaldehid dalam sampel ikan. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa sensor yang dibangunkan adalah setanding dengan kaedah piawai (kaedah Nash) dan mempunyai peratus ralat relatif yang baik dalam julat -7.82%�3.91 sehingga 16.98%�1.42 (n=3).,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Chemical detectors | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pembinaan sensor kimia dan biosensor formaldehid berasaskan Fluoral P dan alkohol oksidase terpegun | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 249 | - |
dc.identifier.callno | TP159.C46N835 2013 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 000202 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.