Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519483
Title: | Rekabentuk dan fabrikasi pengganding gentian optik plastik jenis Cabang-Y dengan nisbah gandingan boleh ubah |
Authors: | Abang Annuar Ehsan (P49002) |
Supervisor: | Sahbudin Shaari, Professor Dr. |
Keywords: | Rekabentuk pengganding gentian optik plastik Fabrikasi pengganding gentian optik plastik Pengganding gentian optik plastik Cabang-Y dengan nisbah gandingan boleh ubah Plastic optical fibers |
Issue Date: | 17-Oct-2012 |
Description: | Pengganding gentian optik plastik (POF) jenis cabang-Y dengan nisbah gandingan boleh ubah telah direkabentuk dan difabrikasikan. Peranti POF ini telah dibangunkan dengan menggunakan dua bahan iaitu logam aluminium dan akrilik (PMMA). Peranti POF ini dibina berdasarkan integrasi dua rekabentuk optik iaitu struktur cabang-Y dengan rekabentuk tirus pandu gelombang dan teknik anjakan lateral dua-gentian optik bagi nisbah gandingan tidak simetri. Dua rekabentuk tirus pandu gelombang telah digunakan iaitu tirus pandu gelombang geronggang bagi logam dan tirus pandu gelombang dengan beza-jelas indeks biasan yang tinggi bagi akrilik. Rekabentuk tirus pandu gelombang pertama dibina di atas bahan logam aluminium dengan struktur gerronggang di mana sinar optik merambat melalui pantulan pada permukaan pantulan-dalam di dalam struktur tirus. Sementara itu, rekabentuk tirus pandu gelombang kedua pula membolehkan struktur tirus dibina terus daripada akrilik dengan indeks biasan pada nilai 1.49 dikelilingi oleh udara sebagai bahan pelapisan. Teknik anjakan lateral dua gentian optik pula diguna pakai pada kedua gentian optik output bagi membolehkan pengecilan kuasa optik dan seterusnya mendapatkan nisbah gandingan yang berbeza. Anjakan lateral gentian optik disetkan daripada nilai 4.4 mm menurun hingga 1.6 mm bagi gentian output 1 dan daripada 0.1 mm hingga 1.0 mm bagi gentian output 2. Analisis berangka telah dijalankan ke atas teknik anjakan lateral gentian optik ini dan menunjukkan keberkesanan teknik ini dalam menghasilkan nisbah gandingan tidak simetri dan boleh ubah. Nisbah gandingan rekabentuk yang diperolehi adalah dari julat 1% hingga 45% bagi pot 1 dan 99% menurun ke 55% bagi pot 2. Model simulasi menggunakan teknik simulasi penyurihan sinar tidak-berjujukan menunjukkan kehilangan lebihan sebanyak 1.84 dB sementara nisbah gandingan adalah 50:50 bagi operasi peranti 3 dB. Model simulasi bagi peranti logam menunjukkan julat nisbah gandingan dari 16.25% hingga 42.36% bagi pot 1 dan dari 83.75% menurun ke 57.64% bagi pot 2. Manakala, model simulasi bagi peranti akrilik pula menunjukkan julat nisbah gandingan dari 7.65% hingga 39.85% bagi pot 1 dan dari 92.35% menurun ke 60.15% bagi pot 2. Fabrikasi peranti dilakukan dengan menggunakan kaedah pemesinan CNC berkelajuan tinggi. Peranti logam yang dibina mempunyai nilai kehilangan lebihan sebanyak 6.3 dB dan nisbah gandingan adalah 46.27% dan 53.73% bagi operasi peranti 3 dB. Sementara itu, peranti akrilik pula mempunyai nilai kehilangan lebihan sebanyak 5.85 dB dan nisbah gandingan adalah 56.86% dan 43.14%. Operasi peranti dengan nisbah gandingan boleh ubah telah diuji bagi kedua-dua peranti logam dan akrilik. Nisbah gandingan yang diperolehi bagi peranti akrilik adalah dari 10.09% hingga 32.88% bagi pot 1 dan dari 89.91% menurun ke 67.12% bagi pot 2. Kehilangan lebihan pula dicatatkan dari nilai 5.85 dB hingga 8.49 dB. Peranti logam yang difabrikasikan pula mempunyai nisbah gandingan dari 17.32% hingga 50.0% bagi pot 1 dan 82.68% menurun ke 50.0% bagi pot 2. Kehilangan lebihan pula dicatatkan dari nilai 6.71 dB hingga 9.72 dB.,PhD |
Pages: | 203 |
Call Number: | TA1800 .A233 2012 3 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Institute of Microengineering and Nanoelectronics / Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.