Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519478
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Roslan Harun, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Nursuhadah Mohamed Yusof (P34109) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T08:12:23Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T08:12:23Z | - |
dc.date.issued | 2015-01-12 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:74862 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519478 | - |
dc.description | Jangkitan H. pylori biasa dikaitkan dengan penyakit gastroduodenum. Limfosit TCD4 + dipercayai memainkan peranan penting dalam tindakbalas imun rangsangan H. pylori. Walaubagaimanapun mekanisme molekul memacu tindakbalas keradangan kronik dalam penyakit gastroduodenum masih banyak yang tidak diketahui. Kajian ini dijalankan untuk (i) menentukan prevalen jangkitan H. pylori pada pesakit dispepsia dan kaitannya dengan pelbagai penyakit gastroduodenum dan lesi prakanser, (ii) mengenalpasti perubahan ekspresi gen sel T-CD4+ darah periferi pada pesakit yang dijangkiti H. pylori dalam pelbagai jenis penyakit gastroduodenum dan status gen vacA, (iii) menentukan penanda gen dan mekanisme molekul berkaitan dengan keradangan kronik dalam penyakit gastroduodenum, (iv) mengsahsahihkan biopenanda molekul menggunakan PCR masa nyata (qPCR) dan pewarnaan tisu immunohistokimia (IHC), dan (v) mengkaji kesan penyenyapan gen terpilih ke atas fungsi sel T-CD4+ terhadap sel titisan epitelium gaster (AGS) samada dijangkiti dan tidak dijangkiti H. pylori. Prevalen keseluruhan jangkitan H. pylori pada pesakit dispepsia adalah 27.2%. Terdapat hubungan yang signifikan di antara jangkitan H. pylori dan diagnosis endoskopik penyakit gastroduodenum, begitu juga dengan ciri histopatologi biopsi gaster seperti gastritis kronik teruk, hiperplasia, metaplasia usus dan atropi. Pemprofilan mikroatur ekspresi gen sel T-CD4+ darah menggunakan Beadchip Illumina Human RefSeq-8 telah mengenalpasti 387 gen berkaitan dengan status jangkitan H. pylori. Perbezaan profil ekspresi gen ini juga dikenalpasti berkaitan dengan jenis penyakit gastroduodenum, varian gen vacA dan penggredan histopatologi gastritis serta lesi prakanser. Sebanyak 494, 409 dan 61 perbezaan ekspresi gen masing-masing berkaitan dengan gastritis aruhan H. pylori, ulser peptik dan dispepsia bukan ulser. Beberapa tapak jalan molekul utama seperti isyarat reseptor berpasang protin-G, isyarat transduksi, aktiviti perlekatan sel dan reseptor, pengaktifan dan pembezaan sel T, reseptor sel T-> pengisyaratan AP-1, reseptor sel T- > pengisyaratan ATF/CREB dan CCR1-> pengisyaratan STAT telah dikenalpasti terlibat dalam respons imun antara sel T-CD4+ terhadap jangkitan H. pylori dan mekanisma molekul yang memacu keradangan kronik dalam penyakit gastroduodenum. Penanda gen yang berbeza juga telah dikenalpasti berpotensi sebagai biopenanda untuk meramal pelbagai jenis penyakit gastroduodenum. Perubahan ketara profil ekspresi gen ini juga dapat dilihat pada gastritis kronik teruk dan sederhana berbanding gastritis ringan. Profil ekspresi gen yang berbeza didapati berkaitan dengan varian gen virulen vacA seperti vacA-s1a m1, vacA-s1a m2, vacA-s1c m1 and vacA-s1c m2. PCR masa nyata dan pewarnaan IHC tisu biopsi telah mengesahkan ekspresi gen CCR1, PBEF1 dan EGR1 pada sel T-CD4+ mukosa dimana ianya menyamai ekspresi gen pada sel T-CD4+ darah. Penyenyapan gen terpilih iaitu CCR1 pada sel T-CD4+ telah mengurangkan perlekatan limfosit ini pada sel AGS dan ini menunjukkan peranan penting gen CCR1 dalam perlekatan sel T-CD4+ pada epitelium gaster teraktif oleh H. pylori. Kesimpulannya, kajian ini telah mengenalpasti penanda gen dan merungkai mekanisma molekul yang terlibat dalam respons imun antara sel T-CD4+ dan pembentukan penyakit gastroduodenum kaitan H. pylori.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | UKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI) | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Pemprofilan ekspresi gen | - |
dc.subject | Gen limfosit T-CDE+ | - |
dc.subject | Penyakit gastroduodenum | - |
dc.subject | H. pylori | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Pemprofilan ekspresi gen limfosit T-CDE+ dalam penyakit gastroduodenum berkaitan helicobacter pylor | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 330 | - |
Appears in Collections: | UKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI) |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.