Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519468
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Jamaluddin Md. Jahi, Profesor Datuk Dr. | - |
dc.contributor.author | Aziz Ujang (P57878) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T08:12:19Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T08:12:19Z | - |
dc.date.issued | 2014-09-11 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:74787 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519468 | - |
dc.description | Patriotisme dan perpaduan adalah dua perkara yang amat penting dan saling berkait di antara satu dengan lain serta menjadi asas kepada pembinaan negara yang maju, harmoni dan aman. Walau bagaimanapun terdapat banyak pendapat yang mengatakan bahawa semangat patriotisme dan perpaduan nasional generasi muda di Malaysia kini semakin merosot. Justeru, kajian ini dilakukan dengan tiga tujuan utama, iaitu; (1) untuk mengkaji persepsi generasi muda terhadap keperluan asas kehidupan dalam membentuk tahap kesedaran semangat patriotisme dan perpaduan nasional, (2) untuk mengenalpasti tahap kesedaran dan pengetahuan generasi muda terhadap patriotisme, politik dan konsep gagasan 1 Malaysia, dan (3) untuk menganalisis tahap kesedaran generasi muda terhadap semangat patriotisme dan perpaduan nasional di Malaysia berdasarkan faktor ekonomi, pendidikan, umur dan keselamatan negara. Penilaian terhadap kesedaran patriotisme dan perpaduan di kalangan generasi muda memerlukan penelitian yang tuntas. Kajian ini menggunakan kedua-dua pendekatan, kuantitatif dan kualitatif bagi mencapai objektif kajian. Melalui pendekatan kuantitatif, kaedah tinjauan dilakukan dengan menggunakan soal selidik. Seramai 500 responden dipilih daripada 1020 peserta bengkel patriotisme yang dijalankan di lapan buah negeri seluruh negara. Kajian ini diperkukuhkan dengan kaedah temubual mendalam terhadap empat informan di kalangan pemimpin terpilih yang mewakili generasi muda negara dan terlibat dalam pembinaan dasar dan polisi perpaduan dan patriotisme. Data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis dengan kaedah frekuensi, min dan regrasi logistik bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kesedaran patriotisme dan perpaduan. Semangat patriotisme dan perpaduan di kalangan generasi muda Malaysia berada di dalam cabaran yang besar. Hasil kajian mendapati generasi muda mengutamakan keperluan pendidikan (70.4%) dan pekerjaan (38.7%) sebagai asas kehidupan mereka berbanding keperluan lain seperti kediaman, bekeluarga, pengangkutan dan riadah serta hiburan. Ini adalah petanda positif dalam membina generasi masa hadapan negara melalui kekuatan ilmu. Bagaimanapun, tahap kesedaran patriotism dan perpaduan generasi muda adalah membimbangkan. Hasil kajian mendapati hanya 54 peratus responden mempunyai semangat patriotisme terhadap negara, 46.2 peratus mempunyai kesedaran politik dan 46.3 peratus menghargai dan bersetuju dengan pelaksanaan konsep Gagasan 1 Malaysia. Hasil analisis regrasi logistik pula menunjukkan tahap perpaduan dan semangat patriotisme akan meningkat jika ancaman keselamatan adalah rendah (ß= -2.049). Bagaimanapun tahap perpaduan dan patriotisme menjadi semakin tinggi apabila aspek ekonomi meningkat (ß= 1.001), umur individu meningkat (ß= 0.647) dan pendidikan meningkat (ß= 0.023). Walaupun secara umumnya semangat patriotism dan perpaduan berada pada tahap sederhana pada ketika ini, secara positifnya, kekuatan yang wujud pada generasi muda adalah kemahuan yang tinggi kepada pendidikan. Kekuatan ini boleh diperkukuhkan kerana melalui ilmu kekuatan ekonomi dapat dibina yang secara langsung meningkatkan semangat patriotism dan ikatan perpaduan. Ilmu yang dibina melalui pendidikan yang holistik perlu bermula sejak pendidikan rendah. Masyarakat yang berilmu dengan kekuatan ekonomi yang tinggi dapat menjadi tunjang kepada perpaduan negara.,PhD | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Institute of The Malay World and Civilisation/Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Kesedaran generasi muda | - |
dc.subject | Generasi muda Melayu | - |
dc.subject | Bumiputra | - |
dc.subject | Patriotisme | - |
dc.subject | Perpaduan nasional | - |
dc.subject | Malaysia | - |
dc.subject | Patriotism--Malaysia | - |
dc.title | Kesedaran generasi muda Melayu dan bumiputra terhadap patriotisme dan perpaduan nasional di Malaysia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 203 | - |
dc.identifier.callno | JC329 .A995 2014 | - |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.