Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519464
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Maheram Ahmad, Dr. | - |
dc.contributor.author | Noor Eliza Abdul Rahman (P50633) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T08:12:18Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T08:12:18Z | - |
dc.date.issued | 2014-09-13 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:74783 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519464 | - |
dc.description | Tesis ini merupakan satu kajian tentang penterjemahan audiovisual dalam bentuk sari kata. Kualiti sari kata yang rendah, kelemahan penyari kata menguasai bahasa sumber dan penguasaan penonton terhadap bahasa asing menjadi cabaran kepada bidang ini. Ketidakfahaman masyarakat terhadap proses dan masalah penyarikataan dan kesukaran menterjemah bahasa kiasan dan unsur budaya turut mendorong kajian sari kata dilakukan agar usaha penambahbaikan kualiti sari kata dapat dijalankan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti strategi penterjemahan bahasa kiasan dan budaya dalam sari kata, menganalisis aplikasi strategi-strategi penterjemahan dalam sari kata dari sudut ketepatan makna dan kesampaian mesej sari kata yang dihasilkan dan mencadangkan strategi dan kaedah yang sesuai dalam penterjemahan bahasa kiasan, budaya dan penggunaan strategi penterjemahan. Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan analisis dokumen untuk mendapatkan data. Data kajian dipilih secara persampelan bertujuan daripada tiga buah drama Arab, iaitu Shahrazad, Flag of Truth dan Qamar Bani Hashim. Data kajian dianalisis secara deskriptif berdasarkan strategi penterjemahan metafora Newmark dan strategi penterjemahan Newmark. Hasil analisis mendapati penyari kata menggunakan tiga strategi dalam menterjemah bahasa kiasan. Strategi penterjemahan literal mendominasi pilihan penyari kata dalam penterjemahan bahasa kiasan, diikuti oleh strategi pentafsiran dan strategi penggantian. Dalam penterjemahan budaya pula, sepuluh strategi digunakan dan strategi padanan budaya, modulasi dan padanan fungsian lebih kerap dipraktikkan. Dapatan analisis aplikasi strategi penterjemahan pula menunjukkan kesampaian mesej lebih diutamakan daripada ketepatan makna. Dari sudut ketepatan makna, kesemua sembilan strategi tidak mencapai peratusan penuh. Manakala dari sudut kesampaian mesej, enam strategi berjaya mencapai seratus peratus. Sumbangan kajian ini dapat dilihat dalam menjelaskan ciri-ciri, proses dan masalah penyarikataan termasuk peraturan fizikal sari kata, membimbing penterjemah menangani masalah penterjemahan bahasa kiasan dan budaya khususnya dalam teks sari kata dan menggariskan kaedah tertentu dalam penggunaan strategi-strategi penterjemahan. Kajian ini memberikan implikasi kepada perkembangan penterjemahan Arab-Melayu dengan memperkenalkan penterjemahan audiovisual khususnya kaedah sari kata kepada pelajar, pengajar dan pengkaji bahasa Arab, meningkatkan pengetahuan serta kemahiran penyari kata terhadap pemilihan strategi penterjemahan, memantapkan lagi teori dan idea strategi penterjemahan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh terjemahan dan membuka jalan untuk mengintegrasikannya dalam pengajaran kursus-kursus terjemahan.,PhD | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Penterjemahan audiovisual | - |
dc.subject | Audiovisual terjemahan | - |
dc.subject | Terjemahan audiovisual | - |
dc.subject | Arab-Melayu | - |
dc.subject | Arabic drama--Translations into Malay | - |
dc.title | Penterjemahan audiovisual: kajian sari kata Arab-Melayu | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 401 | - |
dc.identifier.callno | PJ7665 .N64 2014 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.