Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519463
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFariza Md.Sham, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAzyyati Mohd Nazim (P53190)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:12:18Z-
dc.date.available2023-10-17T08:12:18Z-
dc.date.issued2014-08-29-
dc.identifier.otherukmvital:74782-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519463-
dc.descriptionPermasalahan sosial yang melibatkan golongan remaja menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat. Terdapat pelbagai jenis salah laku yang dikaitkan dengan kumpulan remaja berisiko yang berada dalam peringkat persekolahan seperti ponteng, mencuri, buli, gangsterisme dan seks bebas di Kuala Terengganu. Fenomena masalah sosial remaja telah mendorong NGO wanita Islam memainkan peranan dalam menanganinya. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh NGO wanita Islam berasaskan visi dan misi NGO tersebut. Namun begitu, permasalahan sosial remaja berisiko terus berlaku. Keadaan ini ada hubungan dengan pendekatan dan keberkesanan program yang dilakukan oleh NGO wanita Islam. Oleh itu, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri remaja berisiko, peranan, aktiviti dan pendekatan empat buah NGO wanita Islam iaitu Lembaga Kebajikan Perempuan Islam, wanita IKRAM, Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan wanita Angkatan Belia Islam Malaysia dalam menangani remaja berisiko di Kuala Terengganu. Objektif kajian ini juga adalah untuk menganalisis hubungan antara salah laku dan faktor permasalahan remaja berisiko di Kuala Terengganu. Reka bentuk kajian ini adalah berdasarkan kajian tinjauan yang dilakukan melalui soal selidik, temu bual berstruktur dan pemerhatian. Seramai 556 remaja berisiko yang menjadi peserta program NGO wanita Islam telah dipilih sebagai responden melalui persampelan bertujuan dan seramai 14 orang NGO wanita Islam telah ditemu bual sebagai peserta kajian. Data daripada soal selidik dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif dan inferensi iaitu kekerapan, peratusan, min, jadual silang dan korelasi Spearman Rho. Manakala data daripada temu bual dan pemerhatian dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik. Hasil kajian mendapati ciri-ciri remaja berisiko di Kuala Terengganu ialah berlatarbelakangkan keluarga yang bermasalah, terlibat dengan gejala sosial, mempunyai rekod masalah disiplin sekolah dan sudah akil baligh. Hasil kajian mendapati faktor permasalahan remaja berisiko di Kuala Terengganu adalah pada tahap rendah. Hasil analisis ujian korelasi Spearman Rho mendapati hubungan faktor permasalahan remaja berisiko dengan salah laku ialah faktor konsep kendiri (r =.343) dan signifikan pada p<.01. Seterusnya, hasil kajian menerusi ujian jadual silang mendapati jenis salah laku yang melibatkan jantina perempuan yang paling kerap ialah ponteng sekolah 53 responden (13%), bergaduh/melawan 29 responden (7.1%) dan merosakkan harta benda (vandalisme) 29 responden (7.1%). Manakala jantina lelaki terlibat dalam salah laku ponteng sekolah 50 responden (33.6%), bergaduh/melawan 46 responden (30.9%) dan merokok 41 responden (27.5%). Hasil kajian mendapati remaja berisiko terlibat dalam pelbagai jenis salah laku dan yang paling kerap ialah ponteng sekolah 103 responden (18.5%). Hasil temu bual mendapati peranan utama NGO wanita Islam dalam menangani remaja berisiko ialah bekerjasama dengan NGO lain dan agensi kerajaan. Pendekatan utama yang digunakan oleh NGO wanita Islam ialah pendekatan psikologi melalui menunjukkan kasih sayang. Implikasi kajian ialah penambahan ilmu mengenai aspek kejiwaan remaja berdasarkan perspektif al-Qur'an dan tarbiyyah Rasulullah s.a.w dalam menangani permasalahan remaja. Sumbangan hasil kajian dapat menjadi panduan kepada penyelidik, pembuat dasar dan pihak NGO wanita Islam untuk proses penambahbaikan program dalam menangani golongan remaja berisiko.,PhD-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPeranan NGO wanita Islam-
dc.subjectNGO wanita Islam-
dc.subjectRemaja berisiko-
dc.subjectKuala Terengganu-
dc.subjectIslam and social problems--Malaysia--Terengganu-
dc.titlePeranan NGO wanita islam dalam menangani remaja berisiko di Kuala Terengganu-
dc.typetheses-
dc.format.pages393-
dc.identifier.callnoHN40.M6 .A99 2014-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.