Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519461
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHaja Maideen Kader Maideen, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorChnar Najmaddin Fathulla (P48252)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:12:17Z-
dc.date.available2023-10-17T08:12:17Z-
dc.date.issued2013-10-21-
dc.identifier.otherukmvital:74657-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519461-
dc.descriptionVitaceae dan Leeaceae merupakan famili tumbuhan yang mempunyai hubungan yang rapat. Vitaceae terdiri dari pada lebih kurang 700 spesies dalam 15 genera, manakala Leeaceae terdiri daripada 70 spesies dalam satu genus sahaja iaitu Leea. Di Semenanjung Malaysia kedua-dua famili ini diwakili oleh Ampelopsis, Ampelocissus, Cissus, Cayratia, Tetrastigma, Nothocissus, Pterisanthes, Parthenocissus dan Leea, manakala di Iraq hanya Vitis, Ampelopsis dan Parthenocissus dilaporkan. Pengelasan kedua-dua famili adalah tidak begitu jelas kerana terdapat beberapa ahli morfologi mengelaskan kedua-dua famili ini sebagai satu famili, Vitaceae atau Ampelideae. Objektif kajian ini adalah untuk menggunakan kaedah anatomi, palinologi dan molekul untuk menjelaskan hubungan antara famili serta untuk mengkaji perubahan intergenus, interspesies dan infraspesies untuk mengenal pasti spesies melalui struktur vegetatif. Kajian komprehensif anatomi daun dan batang termasuk kajian di bawah mikroskop cahaya dan SEM (Mikroskop Imbasan Elektron) telah dilakukan ke atas 40 takson dalam tujuh genus Vitaceae dan tiga spesies dalam satu genus Leeaceae. Kajian menunjukkan bahawa banyak variasi interspesies dan intergenus wujud dalam struktur batang, petiol, talang daun dan stomata. Bentuk dan kehadiran aksesori berkas vaskular batang, petiol daun dan talang daun dalam keratan melintang serta morfologi debunga merupakan ciri-ciri yang berguna dalam pengelasan. Stomata jenis anomositik, siklositik, anisositik dan hemiparasitik dijumpai dalam Vitaceae, manakala dalam Leeaceae pula stomata adalah jenis anisositik. Dalam Cissus dan Cayratia, stomata hadir pada kedua-dua permukaan adaksial dan abaksial, manakala dalam Leeaceae, stomata hadir pada permukaan abaksial sahaja. Kesemua ciri-ciri tersebut adalah berguna untuk pengecaman spesies. Debunga Vitaceae berbentuk trikolporat, subprolat atau prolat kepada prolat-sferoid atau prolat atau sferoid atau sferoid akolpi. Hiasan lapisan eksin adalah retikulat kepada mikro-retikulat; manakala debunga dalam Leeaceae adalah berbentuk tiga apertur, segi tiga dan kolporat, dan lapisan eksin adalah retikulat kepada foveolat. Analisis kelompok menggunakan versi MVSP 3.1 menunjukkan bahawa ciri anatomi dan palinologi boleh digunakan dalam membezakan kedua-dua famili serta hubungan antara genus dan spesies dalam Vitaceae. Topologi pohon yang diperoleh dari dua kawasan plastid (trnL-F dan rbcL) menggunakan kaedah Bayesian adalah selari dengan pohon yang menggunakan kaedah parsimoni. Pohon yang terhasil menunjukkan tiga kumpulan: kumpulan A terdiri dari Tetrastigma pisicarpum, T. dichotomum, T. pedunculare, T. latiffii, T. curtisii, T. papillosum, T. cruciatum, T. hookeri, T. rafflesiae, Vitis vinifera cv. Baladi sori, cv. Rash meaw, cv. Yaqoti, cv. Chavga, cv. Halawani lobnani, cv. Suberuor, cv. Barlet, cv. Miskat italia, cv. Sultana, cv. Rash meri, cv. Kamali, cv. Tolimawlian, cv. Kazhaw and cv. Slobi, Cayratia trifolia, Cayratia mollissima Cayratia japonica, Cissus repens, Cissus adnata, Ampelocissus martini dan Nothocissus spicifera, kumpulan B terdiri dari Cissus hastata (Kedah), Cissus hastata (Terengganu), Pterisanthes cordigera, P. eriopoda, P. miquelii, Ampelocissus elegans dan Ampelocissus cinnamomea manakala C terdiri dari Leea rubra, L. indica dan L. aequata (bs= 100%). Berdasarkan tiga pendekatan ini, variasi intergenus dan interspesies dapat dilihat antara kedua-dua famili.,Ph.D-
dc.language.isoeng-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAnatomical-
dc.subjectPalynological-
dc.subjectMolecular studies-
dc.subjectVitaceae-
dc.subjectPeninsular Malaysia-
dc.subjectVitis vinifera-
dc.subjectIraq-
dc.subjectVitaceae -- Malaysia-
dc.titleAnatomical, palynological and molecular studies of vitaceae and leea in Peninsular Malaysia and some cultivars of vitis vinifera from Iraq-
dc.typetheses-
dc.format.pages255-
dc.identifier.callnoQK495.V55.F348 2013-
dc.identifier.barcode000738-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.