Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519450
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Latif Samian, Prof Dr-
dc.contributor.authorKristianus (P41766)-
dc.date.accessioned2023-10-17T08:12:14Z-
dc.date.available2023-10-17T08:12:14Z-
dc.date.issued2011-07-15-
dc.identifier.otherukmvital:74331-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519450-
dc.descriptionIni adalah satu kajian terhadap hubungan etnik di Kabupaten Sambas- Kalimantan Barat. Interaksi etnik di kawasan ini diwarnai konflik dan rusuhan massa. Setakat ini sudah 16 kali berlaku rusuhan etnik. Kajian ini bertujuan menyingkap tentang punca konflik etnik Dayak Selako dengan Melayu Sambas di Kalimantan Barat untuk mencegah rusuhan kedua-dua etnik, di samping itu juga mencuba mengenal pasti fenomena konflik etnik mengikut era pentadbiran kerajaan Indonesia. Kajian ini dijalankan pada kawasan yang kerap berlaku rusuhan etnik iaitu di Kabupaten Sambas. Untuk mencapai tujuan tersebut, pengkaji menjalankan gabungan kaedah penyelidikan kepustakaan, kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini dimulakan dengan analisis dinamika kehidupan masyarakat Sambas dan analisis sejarah, tampak bahawa kedatangan Islam ke Pulau Borneo telah mengubah peradaban penduduk asal di pulau tersebut. Analisis data kajian menunjukkan bahawa dari aspek budaya dan sosial tidak mendorong berlakunya konflik, adapun kewujudan konflik etnik Dayak Selako dengan Melayu Sambas di Kalimantan Barat berpunca daripada 3 faktor iaitu pertama, adanya faktor sejarah sebagai kesan persaingan peradaban Islam dengan peradaban Kristian. Kedua sebagai kesan reformasi sistem politik Indonesia, serta ketiga ialah isu stereotaip yang diamalkan sehingga menimbulkan prejudis dalam masyarakat. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa pada peringkat Kabupaten Sambas telah berlaku hegemoni etnik, yang mana pada semua jawatan politik dan pegawai kerajaan didominasi oleh etnik Melayu, mereka menguasai lebih 90 peratus pegawai dan kakitangan pentadbiran. Kedua-dua etnik terlibat dalam persaingan politik sejak masa awal penubuhan negara Indonesia lagi. Dapatan kajian seterusnya bahawa rusuhan etnik yang kerab berlaku setakat ini adalah merupakan satu inisiatif usaha sesuatu etnik untuk menonjolkan kepentingan politiknya, memandangkan pengaruh etnik mereka telah terancam dan dipinggirkan. Hal ini merupakan analisis menerusi perbandingan fenomena rusuhan etnik yang dijalankan oleh etnik Melayu ketika era reformasi sekarang ini terhadap etnik Dayak pada masa Orde Baru dahulu. Dapatan kajian yang boleh disumbangkan terhadap bidang ilmu ialah bahawa agama Islam tidak menyebabkan orang Dayak berpindah ke hulu atau ke pedalaman. Temuan ini bertolak belakang dengan pandangan selama ini bahawa orang Dayak berpindah ke hulu atau pedalaman kerana terdesak oleh Islam. Kerajaan mesti waspada terhadap institusi-institusi etnisiti, oleh sebab institusi-institusi tersebut walaupun mereka bekerja dalam bidang kebudayaan tetapi pada kenyataannya mereka juga terlibat dalam aktiviti politik etnik. Kajian ini akhirnya mencadangkan supaya kajian mengenai hubungan etnik berbilang kaum di Kalimantan Barat perlu dilakukan lagi bagi menggalakkan hidup yang mesra dan selesa pada masa hadapan.,PhD-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationInstitute of The Malay World and Civilisation/Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHubungan etnik-
dc.subjectKabupaten Sambas-
dc.subjectInteraksi sosial dan konflik-
dc.subjectEthnic relations-
dc.titleHubungan etnik di Kabupaten Sambas : kajian interaksi sosial dan konflik-
dc.typetheses-
dc.format.pages343-
dc.identifier.callnoGN496.K735 2011-
dc.identifier.barcode000436-
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.