Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519446
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Tengku Mohd Tengku Sembok, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Normaly Kamal Ismail (P31617) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-17T08:12:13Z | - |
dc.date.available | 2023-10-17T08:12:13Z | - |
dc.date.issued | 2012-02-28 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:72954 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/519446 | - |
dc.description | Aplikasi capaian maklumat seperti Google dan Yahoo memaparkan hasil capaian masing-masing dalam bentuk senarai linear satu dimensi yang memenuhi tiga kali saiz skrin bagi setiap halaman dan menjangkau beberapa halaman. Hasil capaian pula dipaparkan dalam senarai darjat yang menurun yang tidak sekata dan tanpa dipaparkan nilainya. Paparan hasil capaian dalam bentuk ini apabila hasil capaian itu dikelaskan tidak akan memberikan sebarang makna. Tujuan pengelasan adalah untuk melihat gambaran yang lebih besar tentang hasil capaian yang ada kaitan dengan pertanyaan dengan menganalisis kelas-kelas bagi semua hasil capaian. Pertanyaan baru yang berkaitan dengan pertanyaan yang asal tidak disertakan dengan nilai kekuatan hubungan antara mereka. Perkara-perkara di atas mungkin melambatkan dan mengehadkan pencapaian dokumen-dokumen yang berkaitan. Pembangunan aplikasi yang memaparkan hasil capaian dalam bentuk visualisasi teks dua dimensi, iaitu dalam satu halaman dan berbentuk bulatan dilaksanakan. Kekuatan darjat hasil capaian ini boleh dinilai dengan mengira jarak kedudukannya dengan pusat bulatan. Pengelasan dilakukan dalam bentuk teks dan warna mudah dilaksanakan dalam aplikasi ini. Korpus Al-Quran dan Hadis terjemahan Melayu digunakan. Aplikasi yang mempunyai tiga fungsi ini memaparkan hasil hubungan perkataan dengan perkataan, hasil hubungan perkataan dengan dokumen dan hasil hubungan dokumen dengan dokumen. Pelbagai gabungan rumusan boleh digunakan bagi mencari nilai hubungan-hubungan ini digunakan sebagai darjat kepada hasil capaian. Pengiraan nilai darjat berasaskan teknik model vektor ruangan yang boleh diletak pemberat fp-fds (frekuensi perkataan �� frekuensi dokumen songsang). Nilai darjat bagi persamaan perkataan ataupun persamaan dokumen pula menggunakan rumusan-rumusan persamaan Kosinus, Dice ataupun Jaccard. Hanya cantuman rumusan-rumusan yang menghasilkan taburan paparan hasil capaian yang paling sekata digunakan. Proses mendapatkan cantuman rumusan-rumusan ini dilaksanakan dengan mengira purata kedudukan yang betul bagi semua hasil capaian dalam paparan bagi semua paparan bagi setiap cantuman rumusan-rumusan. Keputusan ini dibandingkan dengan keputusan teknik pemerhatian terhadap paparan hasil capaian. Aplikasi visualisasi teks dua dimensi (VTDD) ini dinilai menggunakan dua cara iaitu dengan melaksanakan tugasan dan diikuti dengan menjawab soal selidik kebolehgunaan. Hasil bahagian tugasan menunjukkan pelbagai dokumen yang berkaitan dapat dicapai dalam jangka masa yang berpatutan. Manakala secara purata lebih kurang 80 peratus responden menyetujui bahawa aplikasi visualisasi teks dua dimensi (VTDD) ini lebih baik daripada aplikasi yang menyenaraikan hasil capaian secara linear satu dimensi.,PhD | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Visualisasi teks dua-dimensi | - |
dc.subject | Teks dua-dimensi | - |
dc.subject | Teks dua-dimensi Al-Quran | - |
dc.subject | Teks dua-dimensi Hadis | - |
dc.subject | Terjemahan Bahasa Melayu | - |
dc.subject | Information visualization | - |
dc.title | Visualisasi teks dua-dimensi Al-Quran dan Hadis terjemahan Bahasa Melayu | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 235 | - |
dc.identifier.callno | TK7882.I6 .N658 2012 | - |
dc.identifier.barcode | 000408 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.