Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515842
Title: | Penghasilan helaian sel epitelial limbal untuk transplantasi dan kajian potensi pembezaan dan profil ekspresi gen sel stromal limbal |
Authors: | Lim Moon Nian (P47230) |
Supervisor: | Noor Hamidah Hussin, Profesor Datin Dr. |
Keywords: | Sel epitelial limbal Gen sel stromal limbal Ophthalmology |
Issue Date: | 22-Aug-2013 |
Description: | Bukti klinikal dan makmal telah menunjukkan bahawa limbus korneosklera manusia adalah repositori untuk sel stem epitelial limbal (LESC) dan sel stromal limbal. Sel LESC dan sel stromal limbal adalah bertanggungjawab untuk pemeliharaan dan penyembuhan permukaan okular. Transplantasi helaian sel yang dihasilkan dengan pengkulturan LESC telah menyediakan terapi novel untuk penyakit okular yang teruk akibat 'limbal stem cell deficiency' (LSCD). Di samping itu, sel stromal limbal dilaporkan mungkin mempunyai keupayaan pembezaan multi-/pluripotensi berbanding dengan sel stem embrionik (ESC) manusia dan sel stromal mesenkima (MSC). Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan helaian sel epitelial limbal yang sesuai untuk transplantasi dengan LESC dan mengkaji potensi pembezaan dan profil gen ekspresi sel stromal limbal yang positif dengan 'stage-specific embryonic antigen 4' (SSEA-4+) berbanding dengan ESC dan MSC. Dalam kajian ini, biopsi limbal manusia yang diperolehi daripada penderma dikultur atas membran amniotik dan fenotip sel dianalisis dengan kaedah imunohistokimia dan tindak balas rantai polimerase transkriptase terbalik masa nyata (RT-PCR masa nyata) untuk satu panel penanda putatif LESC (ABCG2, integrin α9, K19 dan p63) dan penanda pembezaan (K3, K12, K14 dan involukrin) . Sel yang dikultur membentuk 1-3 lapisan berstrata selepas tiga minggu dan adalah positif untuk p63, K3, K19 dan involukrin tetapi negatif untuk K14, integrin α9 dan ABCG2 apabila dianalisis dengan imunohistokimia. Ekspresi gen ABCG2, p63, K3, K12, konesin 43 dan integrin α9 juga dapat dikesan dengan RT-PCR masa nyata. Mikroskopik elektron imbasan dan transmisi untuk sel yang telah dikultur menunjukkan ciri tipikal sel epitelial kornea. Di samping itu, sel stromal limbal SSEA-4+ yang dipencil dengan 'fluorescence-activated cell sorting' (FACS) dipropagasi dan dikaji dengan penanda MSC, ESC, epitelial dan stromal kornea. Media induksi yang bersesuaian digunakan untuk membeza sel-sel ini kepada sel adiposit, osteosit, kondrosit, neuron dan epitelial kornea. Untuk menyiasat lanjut ciri multi-/pluripotensi sel stromal limbal SSEA-4+, profil ekpresi gen sel tersebut dianalisis dengan kaedah tatasusunan mikro dan dibandingkan dengan sel BG01V (ESC) dan MSC daripada sum-sum tulang, tisu adipos dan fibroblas kulit khatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa sel stromal limbal SSEA-4+ mengekspresi penanda MSC dan mempunyai potensi untuk membeza kepada sel adiposit, osteosit, kondrosit dan neuron. Sel-sel ini mempunyai profil ekspresi gen yang berlainan berbanding dengan ESC dan MSC. Kesimpulannya, helaian sel epitelial limbal yang sesuai untuk transplantasi telah berjaya dihasilkan. Sel stromal limbal SSEA-4+ menunjukkan ciri multipotensi MSC tetapi tidak mempunyai ciri pluripotensi ESC. Selain itu, sel stromal limbal SSEA-4+ memiliki profil ekspresi gen yang unik berbanding dengan sel MSC dan ESC.,Ph.D |
Pages: | 272 |
Call Number: | WW20.L732p 2013 9HUKM |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74691+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 6.2 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.