Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515824
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZaleha Md Isa, Assoc. Professor Dr.-
dc.contributor.authorSena Abdullah Abdul Jabbar Al-Qalah (P51569)-
dc.date.accessioned2023-10-16T09:31:21Z-
dc.date.available2023-10-16T09:31:21Z-
dc.date.issued2014-07-10-
dc.identifier.otherukmvital:80351-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515824-
dc.descriptionObesiti terus menjadi kebimbangan kesihatan awam di seluruh dunia. Sebahagian orang dewasa di Malaysia memiliki berat badan yang berlebihan atau obes dan peratusan populasi mereka telah meningkat tiga kali ganda dalam masa kurang daripada sepuluh tahun. Walaupun wanita Malaysia secara umumnya telah terlibat dalam amalan pengurangan berat badan, mereka tidak berjaya untuk mengekalkan pengurangan berat badan tersebut. Kajian keratan rentas ini telah dijalankan untuk menentukan prevalens kenaikan semula berat badan dan faktor-faktor yang berkaitan dengannya dalam kalangan wanita kakitangan kerajaan yang telah mengurangkan berat badan di kawasan terpilih di Malaysia dari Jun 2011 - Jun 2012. Metodologi kajian melalui pensampelan rawak mudah telah digunakan untuk memilih empat kementerian di Putrajaya dan dua puluh lima buah sekolah di Kuala Lumpur dan Bandar Baru Bangi. Sejumlah 1,120 set soal-selidik isi sendiri (IPAQ, TEFQ, BED dan WCQ) telah diedarkan kepada responden. Daripada jumlah ini, 679 wanita mengembalikan soal-selidik tersebut dan melalui pengukuran antropometri (berat, tinggi, lilitan pinggang dan lemak badan).Setelah mengambilkira kriteria eksklusi dan kehilangan data, sejumlah 639 wanita kekal di dalam kajian. Daripada 639 wanita ini, 120 wanita yang kehilangan 10% daripada berat badan seumur hidup mereka telah diambil untuk kajian. Daripada sejumlah 120 wanita yang memenuhi kriteria penyertaan, 85 (70.8%) wanita telah mengurangkan berat badan dan menambah semula berat badan. Majoriti wanita (96.7%) adalah Melayu, berumur dewasa muda (33.2 ± 7.7 tahun), berkahwin (72.5%) dan berpendidikan tinggi (79.2%). Mereka yang mengalami kenaikan semula berat badan berbanding mereka yang tidak mengalami kenaikan semula berat badan mempunyai purata umur yang lebih rendah (p=0.010), telah berkahwin (p=0.028), mempunyai berat badan semasa yang lebih tinggi (p<0.001), tempoh tahun pada berat badan semasa yang lebih singkat (p<0.001), BMI semasa yang lebih tinggi (p<0.001), lilitan pinggang yang lebih tinggi (p<0.001), purata lemak badan yang lebih tinggi (p<0,001), lebih kerap cubaan mengurangkan berat badan (p=0.021), mempunyai permulaan berat badan berlebihan dan obesiti (p=0.001), mempunyai pengambilan makanan berlemak berkepadatan tinggi di kantin tempat kerja (p=0.023), kerap menimbang berat badan sendiri (p=0.033), mempunyai pemakanan emosi yang tinggi (p<0.001), kurang melarikan diri-mengelak (p=0.029), kurang penyesuaian dalam cara kawalan diri (p=0.046), kurang menyelesaikan masalah (p=0.003), dan tidak mendapatkan bantuan profesional (p=0.011). Analisis regresi logistik berganda menunjukkan bahawa 40.7% daripada kepelbagaian dalam kenaikan semula berat badan boleh dijelaskan oleh status perkahwinan (OR 0.23; CI 0.06-0.83), mengalami permulaan berat badan berlebihan dan obesiti (OR 3.7; 95% CI 1.37-9.7), pemakanan emosi (OR 4.5; 95% CI 1.74-12.09), dan tidak meminta pertolongan profesional (OR 3.7; 95% CI 1.36-10.4). Kesimpulan dari kajian ini memperlihatkan lebih daripada dua pertiga wanita kakitangan kerajaan dalam kajian ini telah menambah semula berat badan mereka dalam tempoh 12 bulan. Faktor-faktor seperti perkahwinan, umur permulaan berat badan berlebihan dan obesiti, tingkahlaku pemakanan beremosi dan tidak mendapatkan sokongan profesional adalah faktor asas dalam pencegahan kenaikan semula berat badan pada masa hadapan.,Obesity continues to be a public health concern worldwide. A percentage of Malaysian adults are either overweight or obese and this percentage has tripled the amount over the period of less than 10 years. Malaysian women in general have made the effort to engage in weight loss practices but unfortunately the success rate has been dismal. This cross- sectional study looks into the prevalence of weight regain and the contributing factors among working women in the government sector, in selected areas of Kuala Lumpur vicinity within the one year time duration of June 2011 to June 2012. Methodology includes simple random sampling, selecting four ministries in Putrajaya vicinity and twenty five schools in Kuala Lumpur and Bandar Baru Bangi. A total of 1,120 sets of self-administered questionnaires (IPAQ, TEFQ, BED and WCQ) were distributed to the respondents. From this number, 679 women returned the questionnaires and went through anthropometric measurements (weight, height, waist circumference and body fat). After considering exclusion criteria and missing data, a total of 639 women remained in this study. Out of these 639 women, 120 women who lost 10% of their lifetime weight were recruited in this study. The results revealed that of a total of 120 women who fulfilled the inclusion criteria, 85 (70.8%) women had weight loss and regained weight. The majority of women (96.7%) were Malays, of younger adult age (33.2 ± 7.7 years old), married (72.5%) and highly educated (79.2%). Weight loss regainers as compared to non-regainers had lower mean age (p=0.010), were married (p=0.028), had higher mean of current weight (p<0.001), had fewer years of current weight (p<0.001), higher current BMI (p< 0.001), higher waist circumference (p< 0.001), higher mean body fat (p<0.001), more frequently having weight loss attempts (p=0.021), had overweight and obesity onset (p=0.001), had higher high-dense fatty food consumption in workplace canteen (p=0.023), had less frequent self-weighing (p=0.033), had high emotional eating (p<0.001), less escape-avoidance (p=0.029), less self-control way of coping (p=0.046), less problem-solving (p=0.003), and did not seek professional help (p=0.011). Statistical analysis via multiple logistic regression analysis revealed that 40.7% of variability in weight regain could be explained by marital status (OR 0.23; CI 0.06-0.83), overweight and obesity onset (OR 3.7; 95% CI 1.37-9.7) emotional eating (OR 4.5; 95% CI 1.74-12.09), and did not seek professional help (OR 3.7; 95% CI 1.36-10.4). An overall conclusion of this study revealed that greater than two thirds of the government working women regained their weight in the past 12 months. Married, overweight or obesity onset, emotionally eating behavior and did not seek professional support are the fundamental factors in future weight regain prevention.,PhD-
dc.language.isoeng-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectWeight regain-
dc.subjectGovernment working women-
dc.subjectWeight loss-
dc.subjectPublic health-
dc.titleWeight regain and its associated factors among government working women who had experienced weight loss in selected public funded institutions in Malaysia-
dc.typeTheses-
dc.format.pages175-
dc.identifier.callnotesis WA20.5.A316w 2014 9HUKM-
dc.identifier.barcode001196-
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80351+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.