Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515822
Title: Tingkahlaku untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan faktor yang berhubungkait dalam kalangan penghidap diabetis melitus dewasa di Mukim Tanjong Karang, Selangor
Authors: Sheleaswani Inche Zainal Abidin (P51713)
Supervisor: Rosnah Binti Sutan, Profesor Madya Dr
Keywords: Penghidap diabetis melitus dewasa
Public health
Issue Date: 8-Nov-2014
Description: Secara global, prevalens diabetes melitus semakin meningkat. Dalam konteks kesihatan, tingkahlaku mendapatkan rawatan kesihatan yang patut dalam kalangan pesakit diabetes melitus adalah sangat penting untuk mengawal dan mengelakkan komplikasi penyakit diabetes melitus. Kajian ini dijalankan bagi memahami corak/pola tingkahlaku untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan mengenalpasti faktor-faktor yang berhubungkait dalam kalangan pesakit diabetes melitus di mukim Tanjong Karang. Satu kajian keratan rentas komuniti mengenai peristiwa penyakit dan pengalaman sejak dari mula didiagnosa sehingga masa kini telah dijalankan dengan menggunakan borang soal-selidik berstruktur yang telah ditentusahkan. Seramai 460 responden yang berumur 18 tahun ke atas telah diambil dari Oktober 2011 hingga April 2012. Temuduga secara bersemuka dilakukan dengan menggunakan borang soal-selidik berstruktur yang merangkumi faktor sosio-demografi, tingkahlaku untuk mendapatkan rawatan kesihatan, pengetahuan mengenai penyakit diabetes melitus, sokongan keluarga dan persepsi terhadap penyakit diabetes melitus. Responden yang mendapatkan rawatan kesihatan di kemudahan kesihatan dan mengambil rawatan moden didefinisikan sebagai mempunyai tingkahlaku mendapatkan rawatan kesihatan yang patut. Prevalens tingkahlaku mendapatkan rawatan yang patut meningkat dari 42.8% (masa diagnosa) ke 85.9% (masa kini). Ujian regresi logistik berganda yang dilakukan mendapati responden yang berumur kurang daripada 35 tahun (nisbah ods terlaras=2.60, 95% SK: 1.14-5.92), tidak mempunyai komorbiditi (nisbah ods terlaras=3.15, 95% SK: 1.66-5.98), jarak dari kemudahan kesihatan melebihi 5 km (nisbah ods terlaras=2.01, 95% SK: 1.08-3.70), tiada sejarah diabetes melitus dalam kalangan ahli keluarga (nisbah ods terlaras=3.36, 95% SK: 1.80-6.27), mendapatkan rawatan dalam masa 24 jam setelah penyakit diabetes melitus didiagnosa (nisbah ods terlaras=2.62, 95% SK: 1.35-5.07), menghidap penyakit diabetes melitus kurang daripada lima tahun (nisbah ods terlaras=3.40, 95% SK: 1.69-6.08) dan mempunyai tahap sokongan keluarga yang kuat (nisbah ods terlaras=2.56, 95% SK: 1.25-7.09) merupakan faktor yang berhubungkait dengan tingkahlaku untuk mendapatkan rawatan kesihatan yang patut masa kini. Kesimpulannya, masyarakat semakin peka kepada tingkahlaku mendapatkan rawatan penyakit dan penekanan kepada tahap pengetahuan serta sokongan keluarga dalam perawatan diabetes penting dalam pengawalan dan pencegahan komplikasi penyakit diabetes melitus.,Globally, the prevalence of diabetes mellitus is increasing. In the health context, appropriate health seeking behavior in diabetic patients is important in the control and prevention of diabetic complication. This study was conducted to understand the pattern of health seeking behavior and to determine its associated factors among diabetic respondents in Mukim Tanjong Karang, Selangor. A community- based cross sectional study of disease events and experiences from diagnosis to the time of study was conducted using a validated structured questionnaire. A total of 460 respondents aged 18 years old and above were recruited from October 2011 to April 2012. Face-to-face interview was carried out using structured questionnaire which covered socio-demographic factor, health seeking behavior, knowledge on diabetes, family support, and perception of illness. Respondents whom seeked treatment at health facilities and utilized modern treatment are defined as having appropriate health seeking behavior. The prevalence of appropriate health seeking behavior increased from 42.8% (time of diagnosis) to 85.9% (present). Multiple logistic regression revealed that, age less than 35 years old (ORa=2.60, 95% CI: 1.14-5.92), do not have co-morbidity (ORa=3.15, 95% CI: 1.66-5.98), distance from health facilities more than 5 Km (ORa=2.01, 95% CI:1.08-3.70), no family history of diabetes mellitus (ORa= 3.36, 95% CI: 1.80-6.27), seeking treatment within 24 hours of diagnosis (ORa= 2.62, 95% CI: 1.35-5.07), having diabetes less than five years (ORa= 3.40, 95% CI: 1.69-6.08), and had strong family support (ORa= 2.56, 95% CI: 1.25-7.69) were associated with appropriate health seeking behavior at present time. In conclusion, the present population has more awareness on appropriate health seeking behavior and emphasis on knowledge level as well as family support in diabetic treatment are important in the control and prevention of diabetic complication.,PhD
Pages: 274
Call Number: tesis WA20.5.S544t 2014 9HUKM
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80288+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.52 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.