Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515817
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRosnah Sutan, Profesor Madya Dr.
dc.contributor.authorNoor Hafizan Mat Salleh (P51717)
dc.date.accessioned2023-10-16T09:31:19Z-
dc.date.available2023-10-16T09:31:19Z-
dc.date.issued2014-05-14
dc.identifier.otherukmvital:80283
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515817-
dc.descriptionLawatan berkala bagi penjagaan kesihatan seperti yang dijadualkan dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 1-4 tahun di klinik kesihatan kerajaan (KKK) adalah tidak dimanfaatkan sepenuhnya dan faktor-faktor yang mempengaruhinya tidak begitu dikaji dengan baik. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor keciciran lawatan berkala dalam kalangan kanak-kanak berumur 1-4 tahun untuk penjagaan kesihatan di KKK di daerah Tumpat, Kelantan. Kajian kes kawalan tidak berpadanan dalam kalangan 570 orang respondents (285 orang kes dan 285 orang kawalan) di lima buah KKK di daerah Tumpat telah dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik berpandu. Kumpulan kes terdiri daripada ibu kanak-kanak berumur 1-4 tahun yang telah tercicir temujanji lawatan di KKK sekurang-kurangnya dua kali berturut-turut, manakala kumpulan kawalan terdiri daripada mereka yang patuh kepada temujanji atau hanya tercicir sekali sahaja. Pendekatan kualitatif dengan menggunakan teknik temubual secara terperinci telah dijalankan ke atas 14 orang ibu kumpulan kes bagi meneroka dengan lebih terperinci alasan keciciran. Dua alasan keciciran yang paling biasa untuk dua keciciran yang terkini dalam kalangan ibu kumpulan kes adalah lupa (44% dan 35%) dan bekerja (23% dan 20.4%). Analisa multivariat menunjukkan ibu bekerja (nisbah ods terlaras (aOR): 1.59, 95% selang keyakinan (SK):1.10-2.30, p<0.05), tahap pengetahuan ibu yang tinggi tentang perkhidmatan penjagaan kesihatan kanak-kanak di KKK (aOR: 8.45, 95% SK: 4.40-16.24, p<0.001), persepsi ibu yang positif terhadap fasiliti dan perkhidmatan di KKK (aOR: 1.59 95% SK: 1.10-2.30, p<0.05), amalan ibu yang memuaskan dalam penjagaan kesihatan kanak-kanak (aOR: 3.64 95% SK:1.63-8.15, p<0.05) dan sokongan sosial yang kuat terhadap ibu daripada orang sekeliling (aOR: 4.89 95% SK: 2.40-9.98, p<0.001) merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi keciciran lawatan berkala ini. Alasan utama ibu terhadap keciciran dalam kalangan anak-anak mereka telah dirangkumkan kepada alasan peribadi dan alasan perkhidmatan kesihatan. Hasil kajian ini mencadangkan untuk pengukuhan perkhidmatan penjagaan kesihatan dalam kalangan kanak-kanak dengan memberi tumpuan kepada masalah kedatangan dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 1-4 tahun dengan pemberian perkhidmatan secara integrasi, promotif dan boleh diterima oleh masyarakat setempat. Pemberian sokongan sosial yang padu kepada ibu-ibu dalam penjagaan kesihatan kanak-kanak daripada keluarga dan komuniti setempat perlu diberi penekanan. Di samping itu juga, penglibatan daripada agensi swasta dan agensi-agensi lain yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada kanak-kanak 1-4 tahun perlu dipertingkatkan.,Scheduled routine health care follow up visits among 1-4 years old toddlers to government health clinics are not fully utilized and factors contributing to missed appointments are not well studied. This study aimed to identify the factors contributing to missed appointments among 1-4 years old toddlers for health care in government health clinics in Tumpat district, Kelantan. Unmatched case control study among 570 mothers (285 cases and 285 controls) in five health clinics in Tumpat district, Kelantan was conducted using guided questionnaire. Case group was mothers of toddlers who missed their child health follow up appointments consecutively minimum twice, meanwhile control group were those who never missed their follow up appointments more than once. Qualitative approach method using in depth interviews were conducted among 14 mothers of case group to explore reason of missed appointments. Two most common reasons of the two latest missed appointments were working and mother did not remember. Multivariate analysis showed that working mothers (AOR:1.59 95% CI:1.10-2.30, p<0.05), good knowledge about child health services in government health clinics among mothers (AOR: 8.45 95% CI: 4.40-16.24 p<0.001), positive perception in mothers towards health facilities and services in government health clinics (AOR: 1.59 95% CI: 1.10-2.30, p<0.05), appropriate practice of child health care among mothers (AOR: 3.64, 95% CI:1.63-8.15, p<0.05), and strong social support from surrounding people to mothers (AOR: 4.89 95% CI: 2.40-9.98, p<0.001) were the factors contributing to missed appointments. The commonest reason why mothers missed their children appointments was grouped into personal and health services reasons. The findings suggest that, strengthening of existing child health services for 1-4 years old toddlers follow up need to be focused, integrated, promotive and acceptable to the community. Provision of good social support from family and neighbourhood need to be addressed. Involvement of private agencies and other agencies that providing care for 1-4 years old toddlers should be advocated.,PhD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatan
dc.rightsUKM
dc.subjectKeciciran lawatan berkala
dc.subjectKanak-kanak berumur 1-4 tahun
dc.subjectKlinik kesihatan
dc.subjectPublic health
dc.titleFaktor-faktor yang mempengaruhi keciciran lawatan berkala dalam kalangan kanak-kanak berumur 1-4 tahun di Klinik Kesihatan di daerah Tumpat, Kelantan
dc.typeTheses
dc.format.pages223
dc.identifier.callnotesis WA.5.N818f 2014 9HUKM
dc.identifier.barcode001188
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80283+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.84 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.