Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515799
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMusalmah Mazlan, Prof Dr
dc.contributor.authorNorfaizatul Shalida binti Omar (P47779)
dc.date.accessioned2023-10-16T09:31:13Z-
dc.date.available2023-10-16T09:31:13Z-
dc.date.issued2013-05-07
dc.identifier.otherukmvital:74711
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515799-
dc.descriptionPenurunan fungsi motor dan kognitif adalah berpunca daripada kematian neuron akibat pengumpulan spesies oksigen reaktif (ROS) semasa penuaan. ROS berkemungkinan mengaruh apoptosis dengan mengaktifkan tapakjalan apoptosis secara langsung dan menerusi tapakjalan inflamasi, secara tidak langsung, melalui pembebasan sitokin mikroglia yang akhirnya mengaruh apoptosis neuron. Beberapa kajian telah membuktikan potensi neuroproteksi antioksidan. Oleh itu, kajian ini menyaring potensi neuroproteksi Centella Asiatica (CA), Momordica charantica (MC) dan Piper betle (PB) menggunakan asai viabiliti 3-(4,5-dimethylthiazol-2-yl)-5- (3-carboxymethoxyphenyl)-2-4-sulfonyl)-2H-tetrazolium, inner salt (MTS), ujian apoptosis menggunakan flowcytometer serta penentuan morfologi menggunakan pewarnaan propidium iodida dan calcein-AM. Tapakjalan pengaktifan apoptosis yang terlibat diukur dengan menentukan aktiviti kaspase-8 dan -9 dan ekspresi protein apoptosis menggunakan pemblotan Western. Ujian ketoksikan menunjukkan CA, MC dan PB adalah toksik kepada neuron, masing-masing pada kepekatan >100, 500 dan 50 μg/ml. Kajian neuroproteksi menunjukkan pos-perlakuan dengan ekstrak tumbuhtumbuhan di atas memberi kesan neuroproteksi daripada apoptosis aruhan LButhionine- sulfoximine (BSO) yang signifikan masing-masing pada kepekatan 1, 100 dan 1μg/ml untuk CA, MC dan PB. CA dan PB juga didapati meningkatkan nisbah Bcl-2/Bax dan aktiviti kaspase-9. MC pula merencat aktiviti kedua-dua kaspase tetapi tidak memberi kesan pada nisbah Bcl-2/Bax yang mencadangkan MC mengaruh apoptosis melalui pengaktifan tapakjalan alternatif. Kajian neuroproteksi seterusnya memberi fokus pada CA dan komponen aktifnya untuk mencegah neuroinflamasi. Inflamasi mikroglia diaruh menggunakan lipopolisakarida (LPS) sama ada sebelum perlakuan atau dieram serentak bersama CA atau komponen aktifnya, asiatikosid (AC) atau madekassosid (MD). Viabiliti sel diukur menggunakan asai MTS sementara sitokin yang dihasilkan (TNF-α dan IL-1β) diukur menggunakan kit komersil ELISA. Ekspresi gen juga diukur menggunakan RT-PCR. Pengekspresan protein tapakjalan MAPK ditentukan dengan pemblotan Western. Keputusan menunjukkan bahawa CA, AC dan MD adalah toksik kepada kultur sel mikroglia masing-masing pada kepekatan > 10, 0.25 dan 1 μg/ml. CA (1 dan 30 μg/ml), AC (0.01 μg/ml) dan MD (0.01 dan 1 μg/ml) sama ada dieram serentak atau sebelum LPS mengurangkan penghasilan TNF- α dan ekspresi gennya berbanding sel yang diaruh LPS sahaja. CA (1 μg/ml), AC (0.01 dan 0.25 μg/ml) dan MD (0.01 dan 1 μg/ml) mengurangkan pengeluaran IL-1β secara signifikan. Namun, hanya eraman AC atau MD serentak dengan LPS dan praperlakuan CA (1 μg/ml) mengurangkan ekspresi gen IL-1β berbanding sel yang diaruh LPS sahaja. CA, AC dan MD berupaya merencat pengekspresan protein JNK 1/2 tetapi hanya CA berupaya merencat pengekspresan protein ERK 1/2. Kesan perencatan ini dicapai menggunakan eraman serentak dengan LPS. Oleh itu, CA dan PB melindungi neuron dengan meningkatkan nisbah protein Bcl-2/Bax, menghalang pengaktifan kaspase-9 yang akhirnya merencat pengaktifan apoptosis neuron manakala MC mungkin mempunyai mekanisme tindakan yang berbeza. CA juga menghalang pengaktifan tapakjalan ERK 1/2 dan JNK 1/2, mengurangkan ekspresi gen dan pengeluaran sitokin proinflamasi oleh mikroglia dan seterusnya melindungi neuron daripada apoptosis. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan potensi neuroproteksi CA, MC dan PB pada kepekatan yang rendah dan CA memberikan kesan anti apoptosis dan anti neuroinflamasi dengan memodulasi tapakjalan apoptosis dan tapakjalan inflamasi seterusnya melindungi sel-sel neuron.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatan
dc.rightsUKM
dc.subjectNeuroproteksi centella asiatica
dc.subjectPiper betle
dc.subjectMomordica charantia
dc.titlePotensi neuroproteksi centella asiatica, piper betle dan momordica charantia dan modulasi tapakjalan neuroinflamasi oleh centella asiatica komponen aktifnya
dc.typeTheses
dc.format.pages183
dc.identifier.barcode000702
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74711+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
7.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.