Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515796
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Suzana Makpol, Profesor Dr. | |
dc.contributor.author | Tengku Ahbrizal Farizal bt Tg Ahmad (P49921) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T09:31:12Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T09:31:12Z | - |
dc.date.issued | 2013-06-25 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74694 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515796 | - |
dc.description | Kesan radiasi mengion ke atas sel diploid fibroblas kulit manusia (HDFs) dikaji untuk mengenalpasti mekanisme yang terlibat dalam sistem pertahanan sel. Asai komet menunjukkan kerosakan DNA adalah berkadar terus dengan peningkatan dos radiasi gama. Manakala asai klonogenik menunjukkan kemandirian sel berkadar songsang dengan peningkatan dos radiasi gama (p<0.05). Kebolehan madu Gelam bertindak sebagai agen pelindung radiasi ditentukan dalam kajian ini. Madu Gelam yang disterilkan pada dos 25 kiloGray (kGy) sinaran gama tidak menunjukkan perubahan aktiviti antioksidan berdasarkan keputusan asai DPPH dan FRAP (p<0.05). Asai MTT menunjukkan madu Gelam pada kepekatan 6 mg/ml dapat mengekalkan viabiliti HDF sebanyak 86.7% dan dipilih untuk rawatan sebelum, semasa dan selepas dedahan kepada dos 1 Gy sinaran gama. HDF yang dirawat dengan madu Gelam sebelum penyinaran menunjukkan penurunan peratusan kerosakan DNA dan peningkatan kemandirian sel. Kajian real time polymerase chain reaction kuantitatif (qRT-PCR) menunjukkan sinaran gama telah meningkatkan pengekspresan gen ATM yang kemudiannya mengaktifkan p53 dan p16ink4a (p<0.05). Menariknya, pengekspresan gen p53 telah ditranslasikan kepada protein p73. Asai pemedapan Western menunjukkan hanya protein ATM dan p73 terlibat dalam mengawal atur kitaran sel yang direncatkan pada fasa G0/G1 oleh sinaran gama. Rawatan madu Gelam sebelum penyinaran telah menstabilkan ekspresi ATM dan p73 kepada keadaan normal dan kitaran sel mara kepada fasa S (p<0.05). Peningkatan ekspresi p73 oleh radiasi juga menyebabkan apoptosis diaruhkan pada HDF tetapi menurun apabila dirawat sebelum penyinaran (p<0.05). Rawatan madu semasa penyinaran menunjukkan peningkatan kerosakan DNA, sebaliknya ekspresi ATM dan p73 didapati menurun. Keadaan ini menyebabkan populasi HDF tidak direncatkan pada fasa G0/G1 dan sel mara ke fasa S dengan kerosakan DNA yang tinggi (p<0.05). Walaupun aruhan apoptosis didapati meningkat, peratusan kemandirian sel juga didapati meningkat dalam kumpulan ini. Rawatan selepas penyinaran pula tidak menunjukkan penurunan kerosakan DNA pada HDF (p<0.05). Walaupun ekspresi ATM dan p73 menurun dalam kumpulan ini, perencatan kitaran sel didapati berlaku pada fasa G0/G1 dan aruhan apoptosis juga meningkat. Keadaan ini menyebabkan kemandirian menurun pada HDF yang dirawat selepas penyinaran. Sinaran gama juga menurunkan ekspresi gen dan aktiviti spesifik enzim antioksidan superoksida dismutase (SOD), katalase (CAT) dan glutation peroksidase (GPx) (p<0.05). Hanya SOD dan CAT menunjukkan peningkatan aktiviti apabila HDF dirawat dengan madu Gelam sebelum penyinaran. Peningkatan aktiviti SOD juga dikesan apabila HDF dirawat semasa penyinaran, tetapi menurun pada HDF yang dirawat selepas penyinaran. Tiada perubahan pengekspesan CAT dikesan pada HDF yang dirawat semasa dan selepas penyinaran. Peningkatan aktiviti SOD dan CAT sebelum dedahan radiasi telah mengimbangkan kehadiran radikal bebas dalam HDF. Secara kesimpulannya, madu Gelam mengekalkan kestabilan sistem pertahanan HDF apabila terdedah kepada sinaran gama dengan bertindak sebagai agen pelindung radiasi.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | |
dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Madu gelam | |
dc.subject | Radiasi gama | |
dc.subject | Sel fibroglas kulit | |
dc.title | Madu gelam bertindak sebagai agen pelindung radiasi gama pada sel fibroglas kulit | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 215 | |
dc.identifier.barcode | 000699 | |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74694+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.73 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.