Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515794
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZaleha Md. Isa, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorHafizah Pasi (P51711)-
dc.date.accessioned2023-10-16T09:31:10Z-
dc.date.available2023-10-16T09:31:10Z-
dc.date.issued2013-04-07-
dc.identifier.otherukmvital:74692-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515794-
dc.descriptionPersepsi adalah kunci kepada tingkahlaku. Dalam konteks kesihatan, antara faktor yang mempengaruhi kesanggupan dan motivasi individu ke arah tingkahlaku yang lebih sihat adalah persepsi kebarangkalian memperoleh penyakit. Apabila digabungkan dengan persepsi keterukan, peranan persepsi kebarangkalian memperoleh penyakit menjadi lebih penting. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui persepsi kebarangkalian memperoleh lima penyakit tidak berjangkit utama dan faktor-faktor yang berkait dengannya dalam kalangan penduduk di penempatan FELDA daerah Rompin, Pahang. Kajian irisan lintang menggunakan borang kajiselidik yang telah ditentusahkan bagi menilai tahap persepsi kebarangkalian memperoleh penyakit dalam kalangan penduduk berumur 18 tahun ke atas di FELDA Keratong 3 telah ijalankan. Faktor dengan hubungkait bererti digunakan sebagai tema bagi sesi temubual mendalam bagi mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan faktor tersebut. Seramai 520 responden mengikuti kajian dengan kadar respons bersamaan 100.0%. Nisbah responden lelaki: perempuan adalah 1:2.3. Min umur bersamaan 37.06 tahun (± 14.03), majoriti dari etnik Melayu (86.5%), tahap pendidikan tertinggi sehingga sekolah menengah (55.0%) dan pekerjaan responden lelaki adalah kebanyakannya peneroka (36.9%) sementara perempuan adalah surirumah (63.1%). Median pendapatan isirumah sebulan RM 1,500. Peratus tahap persepsi kebarangkalian penyakit yang tinggi adalah 16.2% bagi darah tinggi, 10.4% kencing manis, 9.4% sakit jantung, 5.2% angin ahmar dan 5.0% kanser. Analisa multivariabel menunjukkan keputusan yang signifikan untuk tahap pendidikan (nisbah ods 4.96; s.k 95%= 1.43- 17.18), sejarah penyakit keluarga menghidap mana-mana penyakit yang dikaji (darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, kanser dan angin ahmar) (nisbah ods di antara 1.99 (s.k 95%=1.21- 3.27) hingga 4.80 (s.k 95%= 1.45- 15.82)), indeks jisim tubuh bersamaan atau melebihi 30.0 kg/m2 (nisbah ods 3.28; s.k 95%= 1.01- 10.72) dan tekanan darah sistolik sama atau melebihi 140mmHg (nisbah ods 3.12; s.k 95%= 1.03- 9.46). Penemuan temubual mendalam menunjukkan pernyataan responden yang menyokong penemuan data kuantitatif di samping penemuan faktor lain yang tidak disenaraikan oleh penyelidik tetapi dirasakan mempengaruhi persepsi kebarangkalian memperoleh penyakit. Kesimpulannya, kajian mendapati penyakit dengan peratus persepsi kebarangkalian memperoleh penyakit yang paling tinggi adalah penyakit darah tinggi dan selaras dengan penemuan terkini kajian NHMS IV pada tahun 2011. Selain daripada itu, faktor peramal bagi persepsi kebarangkalian memperoleh penyakit adalah tahap pendidikan, sejarah keluarga, indeks jisim tubuh dan tekanan darah sistolik. Maka, penemuan ini menunjukkan keperluan program kesihatan yang menyeluruh dan mudah diperoleh bagi menumpukan ke arah pengurangan risiko dan pendidikan.,Ph.D-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur-
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPenyakit tidak berjangkit-
dc.subjectPenempatan Felda Daerah Rompin-
dc.subjectPublic health-
dc.titlePersepsi kebarangkalian memperoleh lima penyakit tidak berjangkit utama dan faktor berkait dalam kalangan penduduk di penempatan Felda Daerah Rompin : satu kajian komuniti-
dc.typeTheses-
dc.format.pages192-
dc.identifier.callnoWA20.5.H139p 2013 9HUKM-
dc.identifier.barcode000709-
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74692+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.