Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515576
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Aishah Bidin, Prof. Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Heryanty Hasan (P52796) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T08:56:01Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T08:56:01Z | - |
dc.date.issued | 2020-03-06 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:122716 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515576 | - |
dc.description | Sejak dua dekad ini tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility - CSR) telah berkembang dengan pesat, memberi inspirasi, mencabar dan strategik bagi syarikat di Indonesia dan Malaysia. Konsep CSR boleh memberi kesan yang positif kepada pekerja, masyarakat, pengguna, dan persekitaran. Tujuan syarikat bukan sahaja untuk mendapat keuntungan semata tetapi berdasarkan teori pemegang kepentingan menegaskan bahawa syarikat berperanan menyeimbangkan konflik antara pihak-pihak berkepentingan. Pekerja adalah antara pihak berkepentingan syarikat yang terjejas secara langsung oleh pelaksanaan aktiviti operasi syarikat. Perlindungan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Occupational Safety and Health - OSH) telah ditentukan oleh kerajaan dan dibawah peraturan dan undang-undang syarikat berkenaan, namun kadar kemalangan di tempat kerja masih berlaku. Permasalahan utama yang dikaji dalam tesis ini adalah bagaimana CSR boleh berperanan sebagai mekanisme memperkasakan OSH di Indonesia dan Malaysia, dengan mengambil kajian kes di dua buah syarikat, iaitu: PT Perkebunan Nusantara V di Riau, Indonesia dan FGV Holdings Berhad di Malaysia. Tesis ini juga mengkaji perkembangan konsep CSR dan OSH, peraturan perundangan berkenaan di Indonesia dan Malaysia, piawai antarabangsa berdasarkan United Nations Guiding Principles on Business and Human Rights (UNGP), serta cabaran bagi CSR. Perbandingan reka bentuk sosio-perundangan digunakan bagi menyelidik permasalahan CSR sebagai mekanisme memperkasakan OSH di Indonesia dan Malaysia. Penyelidikan ini merupakan kajian kes dengan menggunakan kaedah kualitatif dan pendekatan secara deskriptif, analitikal dan kritikal. Selain kajian perpustakaan bagi mendapatkan maklumat, kajian lapangan juga dilakukan dengan cara melaksanakan temubual dan mengedarkan borang soal selidik kepada pekerja dan pengurus di PT Perkebunan Nusantara V dan FGV Holdings Berhad. Hasil analisis kajian dan kes menunjukkan bahawa konsep CSR dan OSH serta hubungkait keduanya telah wujud dan berkembang di kalangan pengusaha perniagaan baik di Indonesia mahupun di Malaysia. Dari segi perundangan dan peraturan CSR di Indonesia merupakan kewajipan undang-undang, namun dalam amalannya secara hakikat dapat dikategorikan masih berbentuk sukarela kerana tidak ada sekatan undang-undang yang mengaturnya secara tegas. Di Malaysia CSR bersifat sukarela tetapi merupakan syarat wajib bagi syarikat-syarikat yang berdaftar di Bursa Malaysia. Sementara OSH di Indonesia dan Malaysia telah wujud sebagai kewajipan undang-undang. Aktiviti CSR dalam hubungkait dengan OSH telah wujud dilaksanakan di kedua-dua syarikat PT Perkebunan Nusantara V dan FGV Holdings Berhad, namun masih dalam tahap terhad, tidak berterusan, dan jenis program aktiviti tidak ada plan secara baik. Meskipun belum pada tahap yang luas, aktiviti CSR didapati telah berperanan sebagai mekanisme memperkasakan OSH, dengan melibatkan secara aktif tiga kumpulan pemegang kepentingan paling penting di peringkat syarikat, iaitu pengurus, pekerja dan komuniti di persekitaran tempat kerja syarikat.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Doktor Falsafah". | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Labour law | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Tangungjawab sosial korporat sebagai mekanisme memperkasakan keselamatan dan kesihatan pekerja di Indonesia dan Malaysia: kajian kes PT perkebunan Nusantara V dan FGV Holdings Berhad | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 425 | - |
dc.identifier.callno | C67.HER 2020 2 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122716+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.78 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.