Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515541
Title: Perlindungan undang-undang terhadap kanak-kanak yang dieksploitasi secara seksual bagi tujuan pengkomersialan di provinsi Sulawesi Selatan
Authors: Abdul Rahman (P64549 )
Supervisor: Noor Aziah Haji Mohd Awal, Prof. Dato'
Keywords: Child Abuse
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Child sexual abuse -- Indonesia
Issue Date: 5-Mar-2016
Description: Eksploitasi Kanak-kanak secara Seksual bagi tujuan Pengkomersialan (EKSP) merupakan amalan penderaan seksual terhadap kanak-kanak oleh orang dewasa dengan cara paksa, pemberian wang atau barangan berharga kepada kanak-kanak ataupun kepada pihak ketiga yang bertindak sebagai agen atau perantara. Kanakkanak dijadikan sebagai barangan objek seksual sekaligus sebagai barangan komersial untuk mendapatkan keuntungan. Objektif kajian adalah bagi: (1) mengenal pasti perlindungan undang-undang terhadap kanak-kanak yang dieksploitasi secara seksual bagi tujuan pengkomersialan, (2) menganalisis keberkesanan undang-undang antarabangsa dan Indonesia dalam menangani EKSP di Provinsi Sulawesi Selatan, dan (3) menganalisis keberkesanan penguatkuasaan undang-undang oleh polis dan badan-badan berkaitan serta NGO dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam penguatkuasaan ini di Provinsi Sulawesi Selatan. Kajian ini dilakukan terhadap kandungan Undang-Undang Dasar Republik Indonesia tahun 1945 serta semua Akta dan peraturan sedia ada yang berkaitan dengan EKSP. Untuk objektif II, pengkaji melakukan temuramah dengan beberapa orang yang diambil secara purposive sampling diikuti dengan perbincangan kumpulan terfokus. Untuk mencapai hasil dari objektif III, analisa dilakukan terhadap peruntukan undang-undang, penguatkuasaan undang-undang, budaya masyarakat dan keterbatasan kemudahan sedia ada. Dapatan penyelidikan menunjukkan wujud kelemahan dalam peruntukan undang-undang sedia ada kerana ia bersifat umum dan tidak spesifik mengenai EKSP. Dapatan juga mendapati kelemahan dari sudut penguatkuasaan kerana pembahagian kuasa yang kurang jelas kepada badan berkuasa disamping masih ramai penguatkuasa yang kurang memahami isi kandungan Akta dan peraturan sedia ada mengenai EKSP.,Ph.D.
Pages: 271
Call Number: C29.ABD 2016 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119792+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
511.67 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119792+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.36 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.