Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515538
Title: | Pemilihan Agama Di Malaysia: Antara Hak Moral Dan Hak Perundangan |
Authors: | Rohizan Halim (P44967) |
Supervisor: | Faridah Jalil, Prof Madya Dr. |
Keywords: | Pemilihan Agama Malaysia Pemilihan Agama Hak Pemilihan Agama Di Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 11-Dec-2013 |
Description: | Kini, isu pemilihan agama merupakan fenomena global berikutan perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi serta kemudahan sistem pengangkutan yang dilihat sebagai membuka ruang kepada sempadan fizikal dan minda. Keadaan ini memberi peluang manusia mengetahui dan memahami agama dan budaya yang pelbagai, sekaligus berpotensi untuk menggalakkan penyebaran agama. Pemilihan agama sudah lama dianggap hak moral anugerah Pencipta kepada manusia. Prinsip kebebasan beragama mula dikembangkan sebagai salah satu daripada hak asasi manusia oleh ahli juris undang-undang semula jadi. Namun, kejadian penindasan yang bermotifkan agama yang wujud sejak zaman dahulu lagi menyebabkan hak pemilihan agama diberi perlindungan undang-undang di bawah undang-undang positif. Instrumen antarabangsa zaman moden yang pertama memaktubkan hak untuk memilih agama di bawah Perkara 18 Universal Declaration of Human Rights 1948. Walau bagaimanapun, disebabkan sifat UDHR dan instrumen antarabangsa lain yang tidak mengikat negara-negara yang tidak menandatanganinya, maka amalan di Malaysia didapati berbeza dalam menangani isu pemilihan agama. Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum dan budaya dan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak kebebasan beragama dalam Perkara 11(1). Namun isu yang ditimbulkan adalah sama ada peruntukan ini akan menjadikan pemilihan agama sebagai hak perundangan, atau kekal sebagai hak moral tanpa campur tangan undang-undang. Dari segi amalan sedia ada, peruntukan kebebasan beragama dilihat sebagai memberikan hak kebebasan beragama kepada bukan Islam. Bagi yang dilahirkan Islam, pelbagai sekatan dikenakan dalam membuat pemilihan agama. Pemilihan agama di Malaysia telah menimbulkan percanggahan antara undang-undang peribadi dan undang-undang Sivil kerana sistem perundangan yang mengiktiraf kewujudan kedua-dua bentuk undang-undang. Isu tukar agama juga menimbulkan sensitiviti serta kemarahan masyarakat dan mampu menggugat keharmonian kaum di Malaysia. Bagi memastikan hubungan kaum terus terpelihara, maka sewajarnya segala konflik melibatkan isu pemilihan agama diselesaikan dengan kaedah yang lain selain dari litigasi.,PhD |
Pages: | 311 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75134+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.11 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.