Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515528
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nazura Abdul Manap, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Affaf Ab Halim (P52959) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T08:55:45Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T08:55:45Z | - |
dc.date.issued | 2015-08-31 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:119693 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515528 | - |
dc.description | Phishing dan Pharming adalah antara modus operandi yang digunakan oleh penjenayah siber dan menjadi ancaman kepada pengguna Internet pada hari ini. Kedua-dua modus operandi menjadikan pengguna sebagai sasaran bertujuan untuk mendapatkan maklumat kewangan peribadi secara frod dan seterusnya menggunakan maklumat berkenaan untuk melakukan capaian tanpa kuasa ke atas akaun mangsa. Pelbagai langkah diambil termasuk penggubalan Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan pemakaian Kanun Keseksaan ke atas jenayah ini. Namun, langkah-langkah ini masih tidak mampu mengekang jenayah ini kerana terdapat kelemahan dalam peruntukan undang-undang berkenaan. Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk menganalisis kelemahan yang wujud dalam undang undang substantif dan prosedural dalam phishing dan pharming. Penyelidikan ini merupakan penyelidikan undang-undang tulen yang menerima pakai pendekatan sejarah, jurisprudens, analisis kritis dan perbandingan. Pengumpulan data primer dan sekunder dilakukan melalui kajian kepustakaan dan temu bual. Manakala proses penganalisisan data dijalankan menerusi kaedah deskriptif dan analisis. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat kelemahan dalam undang-undang substantif dan prosedural, seperti, masalah berhubung keterangan elektronik, kekurangan pakar dalam kalangan pegawai penyiasat yang mahir dalam mengendalikan keterangan elektronik, masalah bagi mendapatkan pengiktirafan badan kehakiman negara luar bagi menguatkuasakan keputusan kehakiman, keperluan prinsip double criminality yang menghalang permohonan ekstradisi di negara-negara tertentu dan kesukaran menentukan liabiliti bagi memastikan pengguna mendapat perlindungan di sisiundang-undang. Dapatan juga menunjukkan bahawa akses kepada keadilan mempunyai kelemahan. Justeru, pindaan kepada Akta Jenayah Komputer 97, Kanun Keseksaan dan Akta Keterangan 1950 adalah amat perlu. Dalam aspek perlindungan pengguna, dicadangkan agar diperluaskan remedi bagi tuntutan kerugian ekonomi tulen untuk merangkumi kerugian kewangan dalam penipuan phishing dan pharming. Di samping itu, dari sudut akses kepada keadilan pula, dicadangkan supaya bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dinaikkan kepada RM50,000 memandangkan kebanyakan mangsa penipuan phishing dan pharming mengalami kerugian yang jauh lebih tinggi daripada had bidang kuasa Tribunal sedia ada. Cadangan yang dicadangkan akan memberi implikasi penting kepada negara dan pengguna. Dalam konteks negara, hasil penyelidikan ini berupaya untuk memantapkan undang-undang substantif dan prosedural. Sementara itu, dalam konteks pengguna pula, penyelidikan ini berperanan menambahbaik hak pengguna untuk mendapatkan remedi. | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Phishing | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Computer crimes -- Law and legislation | - |
dc.title | Isu phishing dan pharming: masalah dan penyelesaian menurut Undang-Udang Jenayah dan Undang Undang Pengguna di Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 472 | - |
dc.identifier.callno | C18.AFF 2015 2 tesis | - |
Appears in Collections: | Faculty of Law / Fakulti Undang-undang |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119693+Source01+Source01.1.PDF Restricted Access | 623.91 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_119693+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.