Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515518
Title: Tatacara pra perbicaraan jenayah syariah terhadap suspek kanak-kanak: analisis perundangan di Malaysia
Authors: Wafaa' Yusof (P52950)
Supervisor: Anita Abdul Rahim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Islamic law -- Malaysia
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Criminal procedure -- Malaysia
Jenayah Syariah
Issue Date: 7-Oct-2017
Description: Peruntukan undang-undang berkaitan tatacara pra perbicaraan suspek kanak-kanak tidak diperuntukkan dalam statut perundangan tatacara jenayah syariah negeri-negeri secara khusus. Kajian mengkaji peruntukan undang-undang tatacara pra perbicaraan terhadap suspek kanak-kanak serta isu-isu yang berkaitan dengannya seperti definisi kanak-kanak dan umur tanggungjawab jenayah mereka. Kajian juga mengenal pasti lacuna dalam undang-undang ini dan membandingkan kedudukan tatacara pra perbicaraan kanak-kanak menurut hukum fiqh Islam. Kajian kualitatif yang melibatkan kajian legalistik tulen mengambil beberapa pendekatan reka bentuk kajian serta teknik analisis dokumen serta temu bual separa struktur beberapa orang penguat kuasa agama dan hakim syarie untuk memperoleh dapatan kajian. Hasil kajian menunjukkan hanya terdapat dua peruntukan undang-undang berkaitan tatacara jenayah terhadap suspek kanak-kanak dalam enakmen tatacara jenayah syariah negeri-negeri di Malaysia. Contohnya seksyen 17 dan seksyen 128 dari Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Peruntukan pertama berkaitan tatacara untuk mendapatkan nama dan alamat suspek kanak-kanak setelah mereka diletak dalam jagaan yang sah atau ditangkap. Sementara satu peruntukan lagi hanya berkisar mengenai tatacara perbicaraan dan selepas perbicaraan. Ketiadaan peruntukan yang memerihalkan tatacara jenayah syariah terhadap suspek kanak-kanak kelihatannya tidak menjadi satu masalah bagi pihak penguat kuasa agama mahupun hakim syarie Mereka menggunakan peruntukan-peruntukan dalam enakmen dan akta tatacara jenayah umum yang diaplikasikan untuk suspek dewasa. Pengaplikasian undangundang tatacara jenayah suspek dewasa terhadap suspek kanak-kanak mengundang ketidakadilan kepada kanak-kanak ini dan juga masyarakat apabila berlaku pelbagai interpretasi dan ketidakselarasan dalam pelaksanaan tatacara. Kajian juga mendedahkan ketidakseragaman penggunaan istilah-istilah yang merujuk kepada kanak-kanak dan umur mereka dalam sistem perundangan jenayah syariah negerinegeri di Malaysia. Keadaan ini telah menimbulkan konflik perundangan dan menyulitkan pelaksanaan serta penguatkuasaan perundangan jenayah dan tatacara jenayah syariah di setiap negeri tersebut. Dalil-dalil al Qurān, sunnah Rasulullah SAW serta sunnah Ṣaḥābah dianalisis. Analisis ini penting untuk mengkaji prinsipprinsip dan kaedah fiqhiyyah yang mendasari hukum fiqh jenayah Islam dalam pembentukan dan pelaksanaan tatacara pra perbicaraan jenayah terhadap suspek kanak-kanak. Hasil analisis membuktikan pembentukan dan pelaksanaan tatacara ini tidak bersalahan dengan syariat Islam. Malahan ia suatu yang dituntut demi keadilan dan kemaslahatan kanak-kanak terbabit. Dengan ini, kajian mencadangkan penyelarasan penggunaan istilah 'kanak-kanak' berbanding 'pesalah muda' atau 'pesalah remaja' dalam statut perundangan jenayah syariah dan perundangan tatacara jenayah syariah negeri-negeri di Malaysia. Kajian juga mencadangkan peruntukan undang-undang tatacara pra perbicaraan terhadap suspek kanak-kanak yang lebih jelas dan tersusun digubal. Penggubalan undang-undang ini sama ada membentuk satu Bahagian yang khusus dalam statut sedia ada atau satu statut yang berasingan. Peruntukan yang terlibat bukan hanya berkisar tentang tatacara pra perbicaraan semata-mata tetapi juga peruntukan mengenai peranan pihak berkuasa, agensi-agensi, ibu bapa atau penjaga dan juga kemudahan penempatan kanak-kanak terlibat.,Ph.D.
Pages: 535
Call Number: C63.WAF 2017 2 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119684+Source01+Source01.1.PDF
  Restricted Access
2.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_119684+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.6 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.