Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515381
Title: Species indentification and study of metabolite response in vibrio vulnificus infection in tiger grouper (Epinephelus fuscoguttatus)
Authors: Nurdalila A'Wani Abd. Aziz (P57319)
Supervisor: Syarul Nataqain Baharum, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Aquaculture
Issue Date: 8-Apr-2016
Description: Kematian secara besar-besaran dari jangkitan bakteria dan pengenalan spesies yang salah merupakan masalah utama dalam industri akuakultur kerapu. Kajian ini dijalankan untuk mewujudkan pengenalan spesies Epinephelus fuscoguttatus dengan menggunakan pelbagai kaedah; untuk mencapjari metabolit yang dihasilkan pada ikan tidak dijangkiti dan dijangkiti dan untuk membina semula tapak-jalan metabolik dalam E. fuscoguttatus yang bertindak balas terhadap jangkitan Vibrio vulnificus. Dua spesies kerapu yang berbeza (E. hexagonatus dan E. fuscoguttatus) telah ditemui di tapak persampelan; malangnya kedua-dua mereka sukar untuk dibezakan. Analisis filogenetik dan meristik digabungkan dengan pemerhatian morfologi digunakan untuk membezakan kedua-dua spesies; dan kedua-dua spesies ini telah didapati berkelompok secara konsisten; di mana jarak genetik mereka adalah antara 0.001-0.019. GC-MS berkombinasi dengan analisis multivariat digunakan untuk memprofil metabolit daripada E. fuscoguttatus dalam rawatan yang berbeza; iaitu diberi makan/kelaparan dan cabaran; iaitu dijangkiti/kawalan. Profil menunjukkan bahawa asid lemak didapati paling ketara antara kumpulan dicabar dan kawalan dan ini menunjukkan bahawa mereka tidak dipengaruhi dengan rawatan diberi makan/kelaparan itu; dimana asid lemak ω-9 (asid oleik, asid palmitoleik, asid 6,9-octadecenoik, asid 8,11-eicosadienoik, asid cis-erucik dan asid 5,8,11-eicosatrienoik) didapati dihasilkan dengan ketara (P ≤ 0.001) berbanding dengan jenis asid lemak ω yang lain. Kepekatan asid lemak ω-9 dalam kumpulan cabaran-penyakit kelaparan dan cabaran-penyakit diberi makan masing-masing adalah 6617.7 mg/mL dan 6015.3 mg/mL. Ia adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan-kelaparan dan kawalan-diberi makan (3361.08 mg/mL dan 3612.91 mg/mL). Keputusan yang diperolehi daripada kajian ini boleh digunakan untuk memberi kefahaman terperinci mengenai metabolisma di dalam E. fuscoguttatus bertindak balas terhadap V. vulnificus.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 239
Call Number: SH135.N847
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120788+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.