Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515374
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMaizom Hassan, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNazmi Harith Fadzilah (P92950)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:36:14Z-
dc.date.available2023-10-16T08:36:14Z-
dc.date.issued2021-12-29
dc.identifier.otherukmvital:128511
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515374-
dc.descriptionKumbang merah palma (Rhynchophorus ferrugineus) adalah serangga perosak bagi pelbagai jenis pokok palma. Cabaran terbesar kaedah pengawalan R. ferrugineus adalah bagi mengenal pasti peringkat serangan R. ferrugineus di mana pada peringkat ini tiada simptom jelas yang boleh dikesan. Beberapa kaedah pengesanan telah dibangunkan tetapi setiap satunya mempunyai kelemahan. Kaedah pengesanan berasaskan molekul boleh menjadi satu alternatif baru dalam mengesan serangan awal R. ferrugineus. Tumbuhan mempunyai mekanisme kerintangan perolehan sistemik (SAR; systemic acquired resistance) yang berfungsi mengaktifkan sistem pertahanan pada seluruh bahagian pokok. Molekul rangsangan SAR boleh dimanfaatkan sebagai penanda awal serangan sebelum sebarang simptom fizikal muncul. Melalui teknologi omik, molekul yang terhasil akibat mekanisme SAR boleh dicirikan. Proteomik merupakan salah satu platform omik yang boleh diaplikasikan bagi mengkaji perubahan corak pengekspresan molekul protein hasil tindak balas pokok terhadap serangan perosak. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti perubahan tahap serangan R. ferrugineus terhadap pokok kelapa sawit (Elaeis guineensis) dan fisiologi, mengoptimumkan kaedah pengekstrakan protein dari organ daun E. guineensis bagi analisis proteomik, mengenal pasti corak pengekspresan protein terbeza pada beberapa tahap serangan R. ferrugineus dan akhirnya meramalkan calon protein reseptor E. guineensis yang mencetuskan pengisyaratan SAR. Hasil analisis terhadap pengawasan tahap serangan R. ferrugineus mendapati kejatuhan signifikan kadar fotosintesis bermula pada minggu ketiga selepas di serangan oleh R. ferrugineus. Kejatuhan kadar fotosintesis berlaku seminggu lebih awal berbanding kemunculan simptom fizikal serangan iatu pada minggu keempat selepas di serangan. Kadar fotosintesis pada kumpulan infestasi juga didapati menurun dengan peningkatan tahap serangan larva R. ferrugineus (F6,105 = 14.8, p = 0.005). Lima kaedah pengekstrakan protein telah dinilai dan didapati kaedah aseton bersama penimbal pengekstrakan Tris merupakan kaedah yang paling optimum bagi analisis proteom berasaskan kromatografi cecair-spektrometri jisim. Analisis proteomik pada fasa tanpa simptom, kejatuhan kadar fotosintesis dan kemunculan simptom fizikal yang ketara telah menemukan 34 protein diekspreskan secara terbeza dan berkaitan dengan proses pertumbuhan, fotosintesis dan tindak balas tekanan. Analisis pendokkan antara protein reseptor E. guineensis dengan ligan sebatian R. ferrugineus mencadangkan terdapat dua calon protein reseptor phytosulfokine 1 dan 2 yang merupakan pengantara dalam mekanisme pengisyaratan SAR semasa serangan R. ferrugineus. Dapatan keseluruhan analisis fisiologi, proteomik dan juga pendokkan mencadangkan asid absisik sebagai hormon utama yang terlibat dalam proses pengisyaratan SAR E. guineensis bagi menghalang serangan R. ferrugineus. Selain itu, sebanyak tujuh calon protein penanda bio telah diperoleh melalui kajian ini dan boleh diaplikasikan dalam pengesanan serangan awal R ferrugineus.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
dc.rightsUKM
dc.subjectAgricultural pests
dc.subjectRed Palm Weevil
dc.subjectRed palm
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAnalisis fisiologi dan proteomik untuk pengesanan awal serangan kumbang merah palma terhadap kelapa sawit
dc.typeTheses
dc.format.pages191
dc.identifier.callnoSB601.N339 2021 tesis
dc.identifier.barcode006543(2022)
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128511+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
124.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.