Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515370
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSyarul Nataqain Baharum, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorKu Nurul Aqmar Ku Bahaudin (P82060)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:36:11Z-
dc.date.available2023-10-16T08:36:11Z-
dc.date.issued2021-09-17
dc.identifier.otherukmvital:124273
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515370-
dc.descriptionAsid p-kumarik merupakan satu sebatian fenol yang berperanan penting sebagai pelopor kepada pelbagai biosintesis metabolit sekunder yang berfungsi sebagai antikanser, antioksida dan anti-radang. Nilai pasaran dunia bagi produk berasaskan tumbuhan dianggarkan mencecah US$5 trilion menjelang tahun 2050. Di Malaysia, nilai pasaran dilaporkan meningkat sebanyak 15% setahun dan bakal mencecah RM28 billion pada tahun 2027. Walau bagaimanapun, hasil kajian berkaitan kepentingan sebatian ini adalah sangat terhad. Kaedah kejuruteraan metabolik merupakan pendekatan alternatif bagi meningkatkan penghasilan asid p-kumarik dalam tumbuhan. Ini sekaligus dapat mengurangkan kadar kos farmaseutikal serta dapat menyediakan bahan kimia yang mesra alam. Selain itu, kaedah ini turut diaplikasikan dalam pelbagai penghasilan produk nilai tambah yang lestari di dalam sistem mikrob. Antaranya adalah alkaloid, terpenoid dan flavonoid yang berpotensi sebagai antikanser, antioksida, anti radang dan sebagai aromaterapi. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengekspresan terlampau bagi penghasilan asid p-kumarik menggunakan kaedah kejuruteraan metabolik di dalam sistem pengekspresan Saccharomyces cerevisiae CEN.PK2-1C. Kajian ini mengfokuskan kepada tiga gen utama yang terlibat dalam tapak jalan fenilpropanoid iaitu fenilalanina ammonia liase (PAL), sinamik 4- hidroksilase (C4H) dan sitokrom P450 reduktase (CPR). Perlombongan data telah dilakukan terhadap data transkriptom P. minus bagi mendapatkan maklumat berkaitan rangka bacaan terbuka (ORF) bagi setiap gen terpilih. Kemudian, pengekstrakkan asid ribonukleik (RNA) telah dilakukan bagi memencilkan gen PAL, C4H dan CPR daripada daun P. minus. Gen PAL, C4H dan CPR telah berjaya dipencilkan dengan saiz ORF bagi setiap gen masing-masing adalah 2187pb, 1614pb dan 2118pb. Ketiga-tiga gen ini berjaya diklonkan dan diekspres ke dalam plasmid pAG426GAL, pAG423GPD dan pCEV-G3-Km. Plasmid yang mengandungi gen tunggal pAG426PAL, pAG423C4H dan pCEVCPR telah berjaya ditransformasikan ke dalam S. cerevisiae. Sebanyak 55 g/L asid kumarik telah berjaya dihasilkan dalam S. cerevisiae terubahsuai.Oleh yang demikian, hasil kajian ini berpotensi tinggi untuk digunakan bagi meningkatkan penghasilan asid kumarik dan boleh diperkembangkan dalam skala yang lebih besar pada peringkat industri.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
dc.rightsUKM
dc.subjectAsid p-kumarik
dc.subjectKejuruteraan metabolik
dc.subjectSaccharomyces cerevisiae
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenghasilan asid kumarik oleh Saccharomyces cerevisiae melalui pendekatan kejuruteraan metabolik dan data transkriptomik
dc.typeTheses
dc.format.pages106
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124273+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.