Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515324
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Talib Latif, Prof. Dr.
dc.contributor.authorNor Diana Abdul Halim (P83831)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:29:52Z-
dc.date.available2023-10-16T08:29:52Z-
dc.date.issued2021-04-30
dc.identifier.otherukmvital:124916
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515324-
dc.descriptionPenurunan kualiti udara bandar telah menjadi kebimbangan utama disebabkan oleh perubahan mendadak guna tanah seiring dengan pertumbuhan bandar. Kajian ini bertujuan untuk menentukan corak reruang-masa kualiti udara di Wilayah Perluasan Perbandaran Mega Kuala Lumpur (KLEMUR) yang telah mengalami perubahan guna tanah sepanjang 2000-2015. Analisis statistik dan geostatistik dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah digunakan bagi menganalisis data pencemar udara (PM10, O3, NO, NO2, NOx, CO dan SO2) dan data guna tanah (tepu bina, vegetasi dan badan air). Hasil kajian menunjukkan hanya kepekatan purata tahunan PM10 yang melebihi had yang disarankan oleh Garis Panduan Kualiti Udara kebangsaan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Semua pencemar udara menunjukkan corak menaik, kecuali SO2. Analisis Siri Masa menunjukkan PM10 dan O3 yang dipengaruhi oleh keadaan meteorologi ketika musim monsun. Analisis Prinsip Komponen (PCA) telah menunjukkan 53.61-63.42% daripada jumlah varians dipengaruhi oleh pelepasan dari kenderaan bermotor dan industri kerana beban faktor yang kuat (> 0.70) menunjukkan varians terdiri daripada NO, NO2, NOx, CO dan SO2. Kualiti udara di KLEMUR telah dipengaruhi secara dominan oleh pelepasan kenderaan bermotor berdasarkan nilai nisbah NO/NO2 yang melebihi 2.0. Keluasan kawasan tepu bina telah meningkat 4.0% dan pengurangan serentak kawasan vegetasi (3.3%) dan badan air (2.3%) yang menyebabkan penyebaran ruang pencemaran udara berkembang dari pusat KLEMUR ke utara dan selatan. Perubahan guna tanah yang tertinggi telah direkodkan di stesen Petaling Jaya (S2) (peningkatan 16.5% tepu bina dan penurunan 16.2% vegetasi) manakala guna tanah badan air di sekitar stesen Bandaraya Melaka (S7) menurun 8.2%. Kategori guna tanah di KLEMUR mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap NO, NO2, NOx, CO dan SO2 apabila berkorelasi positif dengan guna tanah tepu bina dan berkorelasi negatif dengan guna tanah vegetasi dan badan air. Model Regresi Geografi Wajaran (GWR) berjaya menentukan 80-90% daripada pencemaran udara di KLEMUR telah dipengaruhi secara reruang oleh perubahan guna tanah tepu bina dan vegetasi sementara guna tanah badan air mempengaruhi 20-70%. Hasil kajian ini mencadangkan elemen guna tanah harus diberi perhatian dalam strategi pengurusan kualiti udara bandar lestari untuk membangunkan guna tanah bandar yang mampan dalam mengawal pencemaran udara bandar tanpa membatasi pertumbuhan ekonomi.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectKualiti udara
dc.subjectPencemaran udara
dc.subjectWilayah Perluasan Perbandaran Mega Kuala Lumpur (KLEMUR)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenilaian kualiti udara bandar di Wilayah Perluasan Perbandaran Mega Kuala Lumpur (KLEMUR) dengan menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS)
dc.typeTheses
dc.format.pages298
dc.identifier.barcode004964(2020)
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124916+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
172.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.