Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515317
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ahmad Fariz Mohamed, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Azlinawati Abdullah (P67224) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T08:29:47Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T08:29:47Z | - |
dc.date.issued | 2021-07-28 | |
dc.identifier.other | ukmvital:123117 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515317 | - |
dc.description | Banyak tingkah laku manusia termasuk tindakan sosial, politik dan ekonomi memberi kesan terhadap alam sekitar yang menimbulkan banyak cabaran dan isu alam sekitar. Kepentingan pendidikan alam sekitar memainkan peranan untuk melengkapkan masyarakat menangani masalah alam sekitar. Tesis ini bertujuan mengenal pasti model mental dan mengukur tahap literasi kanak-kanak terhadap alam sekitar dan kelestarian. Kerangka konseptual model mental dan tahap literasi alam sekitar dan kelestarian di kalangan kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia bersama-sama faktor sosiobudaya yang mempengaruhinya telah dibangunkan. Kajian tesis ini melibatkan 480 orang kanak-kanak yang dipilih dari empat buah Sekolah Lestari di Kelantan, Terengganu dan Pahang bagi meneroka perspektif mereka daripada gabungan data kuantitatif dan kualitatif yang diperolehi melalui analisis teknik visual dan soal selidik. Analisis kandungan dokumen yang melibatkan buku teks, Buku Panduan Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum dan rancangan pengajaran tahunan setiap mata pelajaran tahun 4, 5 dan 6 juga dilaksanakan untuk mendapatkan data mengenai kandungan pembelajaran tentang alam sekitar dalam kurikulum di sekolah. Hasil kajian mendapati bahawa semua mata pelajaran yang diajar kepada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 mengandungi kandungan pembelajaran tentang alam sekitar kecuali mata pelajaran Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Pendidikan Kesihatan. Kanak kanak didapati mempunyai Model Mental 2, mempamerkan gambaran satu atau lebih komponen alam sekitar yang berinteraksi secara asas dengan komponen alam sekitar yang lain. Persepsi terhadap alam sekitar pula menggambarkan tema hubungan emosi dengan tempat sebagai tema yang paling banyak ditonjolkan, manakala isu-isu kelestarian yang ditonjolkan adalah isu tempatan iaitu pencemaran darat, air dan udara di samping menunjukkan kesedaran yang tinggi terhadap konsep kitar semula. Berkenaan dengan tahap literasi, kanak-kanak ini mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan sikap yang positif terhadap alam sekitar dan kelestarian. Namun begitu, tingkah laku terhadap alam sekitar dan isu-isu kelestarian berada di tahap sederhana. Sekolah merupakan faktor sosiobudaya paling utama mempengaruhi model mental dan tahap literasi ini. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman terhadap tiga aspek utama pendidikan alam sekitar iaitu kognitif (model mental dan pengetahuan), afektif (sikap) dan tingkah laku kanak-kanak di sekolah rendah terhadap alam sekitar dan kelestarian. Ini menyediakan asas penting untuk mengembangkan lagi pemahaman mengenai bagaimana program pendidikan alam sekitar boleh ditingkatkan mengikut tahap pemikiran dan persepsi kanak-kanak.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Model mental | |
dc.subject | Literasi alam sekitar | |
dc.subject | Lestari | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pembangunan kerangka konseptual hubungan model mental dan tahap literasi alam sekitar dan kelestarian kanak-kanak sekolah rendah | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 246 | |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123117+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.59 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.