Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515312
Title: Faktor peramal penggunaan tenaga elektrik dalam menentukan aliran metabolisme tenaga elektrik di bandar
Authors: Sharif Shofirun Sharif Ali (P85768)
Supervisor: Muhammad Rizal Razman, Prof. Dr.
Keywords: Electric power -- Conservation
Electric power consumption
City planning
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Nov-2019
Description: Pertambahan populasi penduduk telah menyebabkan berlakunya perkembangan bandar yang membawa kepada peningkatan penggunaan tenaga elektrik bandar. Corak penggunaan tenaga yang semakin meningkat telah mengakibatkan peningkatan proses metabolisme tenaga elektrik di kawasan bandar. Pada masa yang sama, peningkatan ini telah memberi kesan negatif dan cabaran kepada pembangunan bandar lestari. Kajian ini menghujahkan bahawa kemampanan bandar berkait rapat dengan aliran metabolisme tenaga elektrik yang dipengaruhi oleh faktor peramal yang merangkumi rangkaian kefahaman, kesedaran, komitmen, sikap dan tingkah laku. Rangkaian ini mempunyai perkaitan dengan faktor sosioekonomi dan ciri kediaman sesuatu kawasan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aliran metabolisme tenaga elektrik bandar serta menganalisis faktor manusia yang mempengaruhi corak penggunaan tenaga elektrik di Seremban. Borang kaji selidik yang telah disemak dan diuji kesahannya telah diedarkan kepada 620 orang responden yang terdiri daripada isi rumah yang menetap di Seremban menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata. Analisis aliran bahan (MFA) digunakan untuk mengenal pasti aliran metabolisme tenaga elektrik. Hasil kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar penggunaan tenaga elektrik di Seremban disalurkan bagi tujuan penyamanan udara dan pencahayaan. Hasil analisis korelasi pearson pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan peti sejuk (r = 0.492), mesin basuh (r = 0.302), periuk nasi elektrik (r = 0.138), televisyen (r = 0.389), lampu fluoresecnt (r = 0.458), mentol (r = 0.317), penghawa dingin (r = 0.807), kipas siling (r = 0.460), kipas tegak (r = 0.154) dan vakum (r = 0.262) dengan jumlah penggunaan tenaga elektrik (kWh/sebulan). Kefahaman, kesedaran, komitmen, sikap dan tingkah laku dalam kalangan isirumah terhadap penggunaan tenaga elektrik berada pada tahap yang baik. Analisis korelasi pearson mendapati bahawa kesemua pemboleh ubah iaitu kefahaman, kesedaran, komitmen, sikap dan tingkah laku adalah saling mempengaruhi antara satu sama lain. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara (kefahaman dengan kesedaran (0.398), komitmen (0.506), sikap (0.506) dan tingkah laku (0.531)), (kesedaran dengan komitmen (0.451), sikap (0.284) dan tingkah laku (0.257)), (komitmen dengan sikap (0.511) dan tingkah laku (0.502)) dan (sikap dengan tingkah laku (0.750)). Analisis regresi linear berganda digunakan untuk menjelaskan pengaruh faktor sosioekonomi, ciri-ciri kediaman dan tingkah laku terhadap penggunaan tenaga elektrik di Seremban. Hasil kajian mendapati bahawa faktor sosioekonomi (pendapatan bulanan isi rumah dan taraf perkahwinan) dan ciri kediaman (jenis kediaman dan bilangan bilik) mempengaruhi secara signifikan terhadap penggunaan tenaga elektrik (kWh/sebulan). Manakala, faktor tingkah laku pula didapati tidak mempengaruhi penggunaan elektrik di Seremban. Hasil kajian merumuskan bahawa aspek kelestarian bandar adalah amat bergantung kepada aspek metabolisme bandar yang dipengaruhi oleh faktor manusia. Oleh itu, kempen bagi meningkatkan tahap kefahaman, kesedaran, komitmen, sikap dan tingkah laku penggunaan tenaga elektrik yang bijak harus dipergiatkan. Kerajaan juga perlu menambahkan bilangan peralatan yang menjimatkan tenaga untuk menggalakkan penggunaan tenaga elektrik dengan bijak, cekap dan efisyen.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
Pages: 245
Call Number: TK4015.S373 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121504+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
721.55 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.