Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515289
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHood Salleh, Prof. Emeritus Dato’ Dr.
dc.contributor.authorAmran Alias (P64524)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:29:26Z-
dc.date.available2023-10-16T08:29:26Z-
dc.date.issued2019-09-16
dc.identifier.otherukmvital:117425
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515289-
dc.descriptionKepentingan maklumat berkenaan tumbuhan ubatan yang dimiliki terutamanya oleh masyarakat peribumi, bagaimana ia diuruskan dan sejauh mana manfaat sosial dan ekonomi dapat dijana hasil daripada penggunaan pengetahuan ini oleh pihak luar yang boleh mendatangkan pulangan ekonomi kepada masyarakat tersebut selaku pemilik pengetahuan merupakan topik yang telah menerima perhatian di kalangan pengkaji. Walaupun terdapat kajian yang dijalankan berkenaan perkara ini, namun di Malaysia, kebanyakannya memberi fokus kepada aspek pendokumentasian Pengetahuan Tradisi (PT), dan terdapat lompang berkaitan perlindungan PT. Walaupun kepentingan pendokumentasian PT masyarakat peribumi tidak dinafikan, namun literatur juga menekankan bahawa pendokumentasian PT yang dijalankan tanpa penglibatan, kesedaran dan kesanggupan sepenuhnya oleh pemilik pengetahuan tersebut akan memberi kesan terutamanya ke atas nilai dan kerahsiaan PT berkenaan. Sekiranya penekanan tidak diberi kepada pendokumentasian PT dengan penglibatan terus dan sepenuhnya masyarakat peribumi, terdapat kemungkinan besar mereka tidak akan mendapat manfaat perkongsian faedah yang terhasil daripada penggunaan PT oleh pihak ketiga. Selain itu, pelaksanaan terperinci berkaitan perkara ini melalui Akta Akses dan Perkongsian Faedah 2017 juga adalah amat diperlukan untuk memastikan pengurusan PT dapat dilakukan dengan lebih baik. Dengan menggunakan Theory of Knowledge dan Konsep Penghasilan Pengetahuan yang digunakan oleh Nonaka dan Takeuchi (1995) yang disesuaikan, kajian telah dilaksanakan berkaitan pemahaman tentang kewujudan dokumentasi PT dalam kalangan masyarakat peribumi dan mengenal pasti langkah intervensi sewajarnya dalam memastikan pendokumentasian PT dan seterusnya perlindungan dan pengurusan PT secara lestari. Kajian ini memfokus kepada komuniti Orang Asli Batek di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan. Tiga objektif melandasi kajian, iaitu menilai proses pengurusan PT berkaitan tumbuhan ubatan yang diamalkan oleh kaum Batek; mengenal pasti bentuk PT berkaitan tumbuhan ubatan kaum Batek; dan menentukan peranan yang dapat dimainkan oleh komuniti Batek bersama-sama dengan Kerajaan untuk melindungi PT masyarakat peribumi di Malaysia secara lestari. Kaedah etnografi sebagai kaedah pengumpulan data digabungkan dengan pendekatan teori grounded dalam menganalisis data. Kajian ini mendapati bahawa walaupun amalan penggunaan PT masih tinggi dalam komuniti tersebut, namun aspek penghasilan, kodifikasi, perlindungan dan pemindahan PT adalah terkesan dan perlu diberikan perhatian. Selanjutnya, dapatan kajian menunjukkan PT komuniti Orang Asli Batek boleh dibahagikan kepada tujuh ciri, iaitu, tidak tetap; tidak didokumentasikan; tidak dikodifikasikan; suci; mungkin telah didedahkan kepada pihak lain (di luar komuniti); mungkin tidak dipunyai sepenuhnya oleh masyarakat; dan terdapat sebahagian PT telah dikomersialkan. Ini menunjukkan keperluan untuk melindungi PT komuniti Orang Asli Batek di bawah mekanisma perlindungan hak harta intelek sedia ada. Kajian ini juga telah mengenal pasti peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat Batek bersama-sama dengan pihak Kerajaan untuk melindungi PT mereka ke arah pengurusan PT yang lestari. Hasil dari kajian ini cadangan diusulkan untuk memperluaskan kajian seumpama ini untuk membantu komuniti yang memiliki PT melindungi PT dan menguruskannya secara efektif dan komprehensif, agar ia dapat dilestarikan, dan memanfaatkan komuniti tersebut.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectBatek (Malaysian people) -- Education (Continuing education)
dc.subjectBatek (Malaysian people) -- Education
dc.subjectIndigenous peoples -- Malaysia -- Pahang -- Social conditions
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengurusan pengetahuan tradisi Orang Asli Batek di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan
dc.typeTheses
dc.format.pages451
dc.identifier.callnoDS595.2.B38A467 2019 tesis
dc.identifier.barcode004378(2019)
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117425+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.