Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515282
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Rizal Razman, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMohamad Fauzi Mohamad Saruman (P81305)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:29:24Z-
dc.date.available2023-10-16T08:29:24Z-
dc.date.issued2018-12-19
dc.identifier.otherukmvital:110173
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515282-
dc.descriptionKerajaan Malaysia komited untuk memajukan ekopelancongan kerana yakin mampu menjana pendapatan negara melalui perbelanjaan pelancong dan tukaran mata wang asing. Secara umumnya, governans merupakan suatu proses interaksi yang sangat penting melibatkan pihak kerajaan, swasta dan masyarakat awam dalam membuat keputusan. Governans kelestarian terhadap pengurusan ekopelancongan perlu diketahui supaya masalah yang timbul dapat diatasi segera dengan cekap dan berkesan. Permasalahan kajian ini adalah tidak diketahui jenis governans kelestarian manakah yang digunakan oleh pihak berkepentingan dalam pengurusan ekopelancongan secara lestari di Paya Indah Wetlands (PIW). Justeru, fokus kajian adalah terhadap tiga jenis governans kelestarian yang dominan iaitu hierarki, pasaran dan rangkaian. Objektif kajian untuk mengenalpasti pihak berkepentingan dan menganalisis peranan dan kerjasama yang dimainkan dalam pengurusan ekopelancongan, menjelaskan pengaruh setiap jenis governans kelestarian serta membentuk kerangka kerjasama yang boleh digunapakai bagi menjayakan ekopelancongan. Kajian dilakukan secara kualitatif dengan menganalisis 7 dokumen iaitu akta, pelan, SOP dan garis panduan serta menemubual 13 responden terdiri daripada pegawai utama agensi kerajaan di peringkat kementerian, jabatan dan badan berkanun persekutuan, pengusaha ekopelancongan, masyarakat tempatan dan pelancong dengan menjadikan PIW sebagai kawasan kajian. Data primer yang diperolehi kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian Nvivo versi 11. Tema dan subtema telah dikenalpasti wujud dalam setiap jenis governans kelestarian dalam pengurusan ekopelancongan di PIW. Tema yang terdapat dalam governans hierarki ialah keselamatan, peraturan dan birokrasi; untuk governans pasaran ialah kecekapan, insentif dan permohonan manakala governans rangkaian ialah penglibatan, keterbukaan dan rundingan. Hasil analisis dokumen mendapati frekuensi tema yang terdapat dalam governans hierarki ialah 504, governans rangkaian ialah 263 manakala governans pasaran ialah 248. Hasil analisis temubual pula mendapati frekuensi tema yang terdapat dalam governans hierarki ialah 161, diikuti governans rangkaian ialah 121 dan governans pasaran ialah 83. Berdasarkan rumusan analisis, dapatan kajian adalah dinamik kerana setiap tema dan subtema yang wujud tidak dapat berdiri secara sendiri kecuali saling berhubungkait lalu mewujudkan saling kebergantungan (interdependancy) yang kompleks. Dua penilaian telah dikenalpasti dalam kajian ini. Pertama, penilaian faktor berdasarkan governans hierarki, pasaran dan rangkaian menunjukkan bahawa pihak berkepentingan ada menggunakan ketiga-tiga jenis governans tersebut. Bagaimanapun, tiada satu jenis governans yang mampu mempengaruhi proses berkenaan secara bersendirian. Kedua, penilaian mencadangkan untuk menjadikan pengurusan ekopelancongan lebih cekap dan berkesan tetapi tidak mampu menjelaskan faktor yang mempengaruhi proses berkenaan dengan hanya bersandarkan satu pendekatan sahaja. Justeru, perspektif pemikiran dan idea perlu diberikan penekanan dengan menunjukkan bagaimana pemikiran kluster yang berasaskan idea tatacara saintifik ditransformasi kepada pemikiran komprehensif menggunakan idea pemikiran konstruktif. Proses ini berlaku selepas dipengaruhi oleh faktor berdasarkan governans hierarki, pasaran dan rangkaian yang digunakan oleh pihak berkepentingan dalam pengurusan ekopelancongan dengan menggunakan idea konstruktif berdasarkan konsep kebergantungan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectWetlands -- Malaysia -- Putrajaya
dc.subjectWetland management -- Malaysia -- Putrajaya
dc.subjectEcotourism -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleGovernans kelestarian dalam pengurusan ekopelancongan di Paya Indah Wetlands
dc.typeTheses
dc.format.pages380
dc.identifier.callnoQH87.3.M834 2018 tesis
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110173+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.9 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.