Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515280
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorChe Aziz Ali, Prof. Dr.
dc.contributor.authorDana Badang (P67222)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:29:23Z-
dc.date.available2023-10-16T08:29:23Z-
dc.date.issued2017-07-11
dc.identifier.otherukmvital:110171
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515280-
dc.descriptionInventori sumber warisan geologi secara sistematik dan menyeluruh perlu dijalankan bagi melihat kepentingan sumber warisan tersebut diintegrasikan dalam pembangunan lestari wilayah. Kajian ini bertujuan membangunkan kaedah pemetaan, pencirian, penilaian dan penarafan geowarisan; menciri dan memeta, menilai kepentingan dan taraf sumber warisan geologi; dan seterusnya merangka pelan pemuliharaan, pembangunan dan penggunaan lestari sumber warisan geologi. Kajian telah dilaksanakan di geo-kawasan Bako dan Bau dalam cadangan Geopark Delta Sarawak. Sebanyak dua belas geotapak telah dikenalpasti dan dianalisis menggunakan kaedah pemetaan, pencirian dan penilaian yang telah dibangunkan. Empat kriteria utama dan dua kriteria tambahan dengan sejumlah 43 sub-kriteria telah digunakan sebagai perimeter penilaian secara kuantitatif. Kriteria-kriteria utama terdiri daripada kepentingan saintifik, estetik, rekreasi dan budaya manakala kriteria tambahan adalah ragam kewujudan dan kriteria umum. Dapatan kajian menunjukkan empat geotapak merekodkan jumlah nilai warisan tertinggi untuk dipulihara dan tiga geotapak menunjukkan jumlah nilai warisan tinggi bagi tujuan pembangunan. Semua geotapak dicirikan oleh gabungan kriteria warisan. Tiada pengelasan berdasarkan kepentingan kriteria tunggal meskipun kriteria estetik jauh lebih tinggi berbanding kriteria warisan yang lain. Tiga geotapak mempunyai tahap kepentingan saintifik dan budaya tinggi. Semua geotapak mempunyai kepentingan estetik yang sangat ketara tinggi dan kepentingan rekreasi yang hampir sama. Penarafan berdasarkan nilai warisan menunjukkan sebuah geotapak bertaraf tinggi, lima geotapak bertaraf sederhana hingga tinggi manakala enam geotapak lain bertaraf sederhana. Penarafan berpandukan tapak rujukan mendapati lapan geotapak bertaraf serantau dan empat geotapak bertaraf kebangsaan. Model pembangunan sumber geowarisan dirangka berasaskan pemuliharaan dan pembangunan lestari mengikut kesesuaian tujuan penggunaan lestari bagi setiap geotapak. Inventori dan pembangunan sumber geowarisan menyerlahkan kepentingan geotapak-geotapak dalam polisi dan rangka pelan pembangunan lestari wilayah di kawasan cadangan Geopark Delta Sarawak.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectGeoparks -- Malaysia
dc.subjectNational parks and reserves -- Malaysia
dc.subjectGeology -- Malaysia
dc.subjectEnvironmental protection -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePencirian, pemetaan dan penilaian sumber warisan geologi untuk pemuliharaan dan penggunaan lestari dalam cadangan Geopark Delta Sarawak
dc.typeTheses
dc.format.pages378
dc.identifier.callnoSB484.M3D343 2017 tesis
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110171+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.