Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515274
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Rizal Razman, Prof. Dr.
dc.contributor.authorCheryl Stephen Jeganathan (P72518)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:29:21Z-
dc.date.available2023-10-16T08:29:21Z-
dc.date.issued2018-08-30
dc.identifier.otherukmvital:109147
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515274-
dc.descriptionLiterasi undang-undang telah menjadi perkara penting dalam persekitaran hari ini. Kurangnya kesedaran undang-undang dari segi literasi undang-undang telah menyebabkan kelemahan dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada. Penguatkuasaan yang lemah telah menyebabkan pencemaran alam sekitar menjadi isu kritikal di Malaysia. Keadaan ini telah mendorong kajian ini dalam analisa elemen literasi undang-undang di dalam undang-undang dan dokumen berkenaan penguatkuasaan pencemaran alam sekitar. Adalah amat penting bagi literasi undang-undang dilihat daripada pelbagai perspektif dalam memastikan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar. Terdapat dua pendekatan untuk literasi undang-undang iaitu pendekatan kontinum dan literasi undang-undang sebagai metafora. Dalam kajian ini, kajian analisis dokumen telah dilakukan ke atas undang-undang dan dokumen penguatkuasaan yang digunapakai oleh pegawai penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi menilai elemen literasi undang-undang berkenaan penguatkuasaan pencemaran alam sekitar melalui kedua-dua pendekatan literasi undang-undang tersebut. Kajian kualitatif dijalankan berdasarkan analisis data menggunakan perisian Nvivo 11. Hasil analisis dokumen menunjukkan bahawa terdapat 62 perenggan yang mengambarkan keseluruhan pendekatan literasi undang-undang. Daripadanya, 37 perenggan menggambarkan pendekatan kontinum, manakala 25 perenggan pula menggambarkan pendekatan literasi undang-undang sebagai metafora. Berdasarkan dapatan daripada hasil kajian, tiga pemerhatian utama dikenalpasti. Pertama, kesan literasi undang-undang terhadap penguatkuasaan undang-undang dapat dilihat daripada kedua-dua pendekatannya iaitu pendekatan kontinum dan pendekatan literasi undang-undang sebagai metafora. Kedua, terdapat unsur kebergantungan diantara pendekatan kontinum and pendekatan literasi undang-undang sebagai metafora. Unsur kebergantungan ini menunjukkan bahawa kedua-dua pendekatan literasi undang-undang ini tidak boleh berdiri secara sendirian tetapi saling bergantung antara satu sama lain. Dapatan ini menghasilkan kesalingan kebergantungan yang kompleks. Ketiga, hasil daripada kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat proses peralihan akal daripada akal pencetus yang berasaskan idea dan pendapat saintifik berdasarkan kepada peruntukan perundangan kepada akal kendalian yang berdasarkan kepada idea politik melalui proses penguatkuasaan atas unsur kesalingan kebergantungan tersebut,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectEnvironmental law -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleLiterasi undang-undang dalam dokumen penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages183
dc.identifier.callnoKQB.C458 2018 tesis
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109147+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.