Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515264
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sharifah Zarina Syed Zakaria, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Aminuddin Mohamed (P68542) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-16T08:29:19Z | - |
dc.date.available | 2023-10-16T08:29:19Z | - |
dc.date.issued | 2017-11-19 | |
dc.identifier.other | ukmvital:106034 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515264 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk meninjau perspektif individu yang terlibat dalam program Kelas Dewasa bagi Ibu bapa Masyarakat Orang Asli dan Peribumi (KEDAP) ke arah kelestarian pendidikan masyarakat Orang Asli dalam membentuk modal insan berkualiti untuk membina negara bangsa yang cemerlang. Kajian ini adalah kajian kualitatif sepenuhnya secara deskriptif dilakukan untuk memenuhi keperluan dalam memahami aspek-aspek pembangunan pendidikan masyarakat Orang Asli. Sumber data diperoleh daripada empat belas orang peserta KEDAP yang dibahagikan kepada dua kumpulan perbincangan, dua orang guru KEDAP dan dua pentadbir sekolah sebagai peserta kajian dari dua buah sekolah rendah murid Orang Asli dari dua daerah dalam negeri Pahang. Instrumen kajian adalah pengkaji sendiri dengan menggunakan protokol temu bual, protokol pemerhatian dan analisis dokumen sebagai alat mengumpul data bagi mencapai objektif kajian. Temu bual secara mendalam dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang terperinci daripada peserta kajian dan pemerhatian di dalam bilik darjah, persekitaran sekolah dan rumah telah dilakukan untuk merakamkan proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh peserta program KEDAP. Temu bual pos dan pra juga dilakukan untuk mendapat maklumat lanjut selepas sesi pemerhatian pengajaran dalam kelas KEDAP. Dalam analisis peringkat awal, semua rakaman audio dan video telah dibuat transkrip. Maklumat dianalisis berdasarkan aspek yang muncul mengikut kes dan teknik triangulasi data dilakukan oleh pengkaji bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian. Semua data tersebut kemudiannya dianalisis dengan bantuan komputer menggunakan perisian Atlas.ti. Analisis data pada peringkat akhir pula dijalankan secara manual berdasarkan aspek yang dibentuk daripada persoalan kajian. Hasil kajian mendapati beberapa aspek penting perlu dimantapkan dalam meningkatkan kelestarian program KEDAP dalam pembangunan pendidikan masyarakat Orang Asli. Empat aspek yang telah dikenal pasti iaitu: i) aspek matlamat, ii) aspek kepimpinan, iii) aspek pedagogi dan iv) aspek penyebaran Kajian mendapati aspek-aspek pendidikan ini berupaya membentuk kelestarian program KEDAP dengan pemerolehan ilmu untuk pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat Orang Asli. Implikasi kajian ini adalah pelaksanaan KEDAP dalam program pendidikan masyarakat Orang Asli berupaya membentuk model pembangunan pendidikan dengan pemerolehan ilmu melalui aspek matlamat, pedagogi, kepimpinan dan penyebaran yang berteraskan budaya setempat dalam membangunkan modal insan masyarakat Orang Asli di seluruh negara.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Adult education -- Malaysia | |
dc.subject | Indigenous peoples -- Malaysia | |
dc.subject | Orang Asli | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kelestarian KEDAP dalam pembangunan modal insan masyarakat Orang Asli | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 396 | |
dc.identifier.callno | LC5261.A465 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003755(2019) | |
Appears in Collections: | Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_106034+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.67 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.