Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515254
Title: Impak perubahan iklim ke atas sektor padi: implikasi terhadap pengeluaran petani dan keselamatan makanan negara
Authors: Radin Firdaus Radin Badaruddin (P64447)
Supervisor: Chamhuri Siwar, Prof. Emeritus
Keywords: Rice -- Economic aspects -- Malaysia
Rice farmers -- Malaysia
Rice trade -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-Dec-2015
Description: Kajian ini dijalankan untuk menilai impak perubahan iklim ke atas hasil pengeluaran dan pendapatan petani di lapan kawasan jelapang padi di Semenanjung Malaysia. Selain memberi fokus kepada aspek pengeluar dan pengeluaran padi, kajian ini juga turut menilai impak perubahan iklim dalam ruang kerangka perbincangan keselamatan makanan yang meliputi elemen ketersediaan, akses dan kestabilan. Bagi meninjau impak perubahan iklim ke atas hasil pengeluaran dan pendapatan petani padi, model panel Ricardian dan respon hasil tanaman digunakan. Berdasarkan senario ramalan perubahan iklim pada masa hadapan, dapatan kajian ini menjangkakan bahawa purata pendapatan bersih dan (hasil pengeluaran) per hektar petani akan merosot kira-kira 59% (11%) menjelang tahun 2050-an dan 92% (20%) menjelang tahun 2090-an. Kemerosotan dalam pengeluaran petani padi secara langsung menjejaskan ketersediaan dan ketercapaian beras dalam pasaran domestik. Penilaian kesan kemerosotan tersebut ke atas aspek ketersediaan dilakukan berdasarkan kaedah unjuran pengiraan matematik berdasarkan maklumat andaian lingkungan tingkat penggunaan beras per kapita serta unjuran populasi. Dapatan unjuran menunjukkan bahawa ketersediaan beras tempatan mencatatkan kemerosotan sekitar 6% menjelang tahun 2050-an dan 12% menjelang tahun 2090-an. Bagi menilai kesan kemerosotan pengeluaran beras ke atas akses pengguna dalam pasaran, analisis keseimbangan harga dan kuantiti berdasarkan regresi siri masa kuasa dua terkecil dua peringkat (2SLS) telah dilaksanakan. Pada tingkat keseimbangan, didapati kemerosotan penawaran sebanyak 1% mengakibatkan perubahan harga yang lebih besar berbanding kuantiti. Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa kemerosotan hasil pengeluaran padi adalah lebih cenderung untuk merubah harga beras di pasaran berbanding kuantiti yang diminta. Oleh itu, kemerosotan dalam penawaran dijangka memberi kesan signifikan terhadap kemampuan isi rumah khususnya melalui kesan ke atas pendapatan benar mereka. Tidak dapat dinafikan, secara alternatif, defisit dalam penawaran beras pada masa hadapan boleh ditampung dengan meningkatkan jumlah beras yang diimport. Namun perlu ditekankan bahawa, krisis makanan 2008 telah merungkai implikasi dari sudut keselamatan makanan akibat penggantungan yang tinggi terhadap sumber import. Kenaikan harga beras yang mendadak di pasaran dunia pada tahun 2008 dilihat bukan semata-mata berpunca akibat tekanan faktor endogen tetapi juga telah didorong kuat oleh faktor-faktor eksogen. Untuk itu, satu analisis regresi siri masa Fully Modified Ordinary Least Squares (FMOLS) telah dijalankan untuk menilai faktor yang mempengaruhi turun naik harga beras dunia. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa perubahan 1% dalam faktor-faktor tersebut mampu melonjakkan harga beras dunia sehingga 2.4%. Oleh itu, sudah tiba masanya bagi Malaysia untuk mengorak langkah ke arah pencapaian tahap sara diri (SSL) yang lebih tinggi dalam pengeluaran beras. Matlamat ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan walaupun sektor padi negara bakal menghadapi ancaman perubahan iklim pada masa hadapan. Secara amnya, adaptasi terhadap perubahan iklim menuntut kepada pengurusan sistem pertanian yang efektif. Memandangkan impak ketara perubahan iklim dijangka melanda negara menjelang tahun 2050-an, justeru masih terdapat banyak ruang dan masa untuk semua pihak berkepentingan dalam sektor padi negara untuk merangka strategi yang komprehensif dan berkesan bagi meminimumkan impak perubahan iklim dan seterusnya menjamin kecukupan bekalan makanan melalui langkah adaptasi yang berkesan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
Pages: 357
Call Number: HD9066.M4R336 2015 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104723+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.