Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515248
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJoy Jacqueline Pereira, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMohd Nor Rashidi Ab. Jalil (P54205)
dc.date.accessioned2023-10-16T08:29:14Z-
dc.date.available2023-10-16T08:29:14Z-
dc.date.issued2016-02-29
dc.identifier.otherukmvital:104717
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/515248-
dc.descriptionAmalan kelestarian dan pematuhan alam sekitar di tapak binaan berupaya mengurangkan kesan negatif pembinaan terhadap alam sekitar, meningkatkan kebajikan sosial dan memajukan lagi aspek pembangunan ekonomi. Kajian ini adalah bermatlamatkan untuk mengenal pasti dan menilai kriteria pembinaan lestari serta tahap pematuhannya di tapak binaan. Hasil kajian ini digunakan bagi menambahbaik dasar dan amalan industri khususnya dalam mempertingkatkan lagi mutu pelaksanaan amalan pembinaan lestari di Malaysia. Tiga kaedah utama pelaksanaan kajian telah digunakan antaranya termasuklah analisis kandungan melalui jurnal akademik, temu bual berstruktur yang melibatkan 41 peserta kajian terpilih dari sektor pembinaan dan penilaian tiga tapak projek pembinaan jalan melalui kaedah pemerhatian secara langsung. Sejumlah 42 kriteria pembinaan lestari telah dikenalpasti dan ianya boleh dikategorikan kepada domain alam sekitar, sosial dan ekonomi. Kesemua kriteria ini kemudiannya dinilai dan ditentukan wajarannya berdasarkan tahap kepentingannya dalam mempertingkatkan aspek kelestarian dan mutu pengurusan alam sekitar pembinaan. Daripada keputusan pemetaan kesukaran item dan individu, kajian telah mendapati secara keseluruhannya kepentingan domain alam sekitar mengatasi kepentingan dua domain yang lain iaitu domain sosial dan ekonomi dengan kesemua 42 kriteria yang dikenalpasti mempunyai kebarangkalian untuk dilaksana yang melebihi 50.0% menurut keupayaan purata individu (person μ). Hasil penilaian tapak binaan tiga projek pembinaan jalan pula mendapati kesemua 42 kriteria pembinaan lestari yang dikenal pasti tidak berupaya untuk dipatuhi sepenuhnya dengan tahap pematuhan masing-masing adalah 88.0% bagi Seksyen 3F yakni sejumlah 36 kriteria yang dipatuhi berbanding 41 kriteria pembinaan lestari yang disyorkan serta 85.0% bagi Seksyen 3G dan 3H ataupun bersamaan dengan 35 kriteria yang dipatuhi berbanding 41 kriteria keseluruhan. Beberapa cadangan telah disyorkan bagi tujuan menambahbaik amalan pengurusan di tapak binaan dan mempertingkatkan tahap pelaksanaan pembinaan lestari yang menyentuh pelbagai aspek. Ini termasuklah keperluan bagi penggunaan pelan pengurusan alam sekitar, kaedah lantikan pegawai alam sekitar dan pengukuhan peranan institusi serta prosedur pengurusan, yang mana rata-rata tahap kebolehlaksanaan bagi kriteria-kriteria yang berkaitan didapati melebihi 50.0% kebarangkalian berdasarkan keupayaan purata para peserta kajian yang diukur pada nilai 0.36 pada pemetaan kesukaran item dan individu. Aspek-aspek penting lain termasuklah jalinan kolaborasi, proses perolehan, keselamatan dan kesihatan, kecekapan tenaga serta pematuhan terhadap undang-undang yang turut perlu diberikan pertimbangan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationInstitute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
dc.rightsUKM
dc.subjectEnvironmental management -- Malaysia
dc.subjectEnvironmental protection -- Malaysia
dc.subjectSustainable development -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembangunan kriteria pembinaan lestari dan penilaian tahap pematuhan di tapak binaan
dc.typeTheses
dc.format.pages304
dc.identifier.callnoGE320.M3M843 2016 tesis
dc.identifier.barcode003668(2019)
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_104717+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.